Sunday, August 30, 2015

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT II & TERBUKA PKS UNISZA MERDEKA 2015

Tarikh : 30 Ogos 2015 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Kampus UniSZA Gong Badak, Terengganu

Hari ini merupakan hari kemuncak kejohanan dimana semua acara akhir akan berlangsung melibatkan 10 acara pada sebelah pagi dan petang. Dalam kehangatan acara akhir turut diselitkan juga klinik dan mini pertandingan memanah untuk para vvip yang hadir. Dalam mini pertandingan itu juga turut hadir bekas pelari pecut negara iaitu Nazmizan Mohamad. 

Berikut dilampirkan semua nama pemenang mengikut acara yang dipertandingkan pada hari terakhir :-

RECURVE LELAKI (OLIMPIK ROUND)
Emas - Tengku Wira Raja Yahya (ATM B)
Perak - Tan Si Lie - (SATU)
Gangsa - M.Azrin Gahridinn Baharudin (LAB)

RECURVE WANITA (OLIMPIK ROUND)
Emas - Nur Naseha Rusli (PK A)
Perak - Siti Nurul Asiah Mahmod (USZA)
Gangsa - Ezryn Meza Mohamed Hamzah (UISA)

RECURVE LELAKI BERPASUKAN
Emas - ATM B
Perak - SATU 
Gangsa - UNISZA

RECURVE WANITA BERPASUKAN
Emas - UNISZA
Perak - UITM SARAWAK
Gangsa - SSMP ELITE

RECURVE CAMPURAN
Emas - UNISZA
Perak - TERENGGANU
Gangsa - PEL KEB A

COMPOUND LELAKI (OLIMPIK ROUND)
Emas - Juwaidi Mazuki (EA)
Perak - Danial Misban (USZA)
Gangsa - Mohd Hakhiki Mohd Kamro (USZA)

COMPOUND WANITA (OLIMPIK ROUND)
Emas - Norizah Ishak (ATM B)
Perak - Syarah Syuhaidah Abas (UPM)
Gangsa - Norhayati Al-Madihah Hashim (UISA)

COMPOUND LELAKI BERPASUKAN
Emas - EXCELLA ARCHERY
Perak - UITM SARAWAK
Gangsa - SABAH

COMPOUND WANITA BERPASUKAN
Emas - SABAH
Perak - UNISZA
Gangsa - SATU

COMPOUND CAMPURAN
Emas - ATM B 
Perak - UPM
Gangsa - SATU

PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN
1. ATM B - 5 Emas
2. UNISZA - 3 Emas, 3 Perak & 3 Gangsa
3. EXCELLA ARCHERY - 3 Emas
4. TEAM SATU - 1 Emas, 2 Perak & 3 Gangsa
5. PEL KEB A - 1 Emas, 2 Perak & 1 Gangsa
6. SABAH - 1 Emas, 1 Perak & 1 Gangsa
7. UITM SARAWAK - 3 Perak & 2 Gangsa
8. UPM - 2 Perak & 2 Gangsa
9. TERENGGANU - 1 Perak
10. W.P LABUAN - 1 Gangsa
11. SSMP ELITE - 1 Gangsa

Pertandingan tamat dengan jayanya pada jam 2.30 petang dan akan diteruskan dengan Majlis Upacara Penutupan Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit II & Terbuka PKS UniSZA Merdeka 2015 pada jam 3.30 petang dalam keadaan hujan lebat. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia Tok Hashim Sharudin. Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Pusat Sukan UniSZA Encik Riduan Bin Mohamed Arof.

Pihak Penganjur mengucapkan syabas kepada semua pemenang dan pasukan yang hadir pada kejohanan kali ke-3 tahun 2015. Kejohanan ini akan menjadi dwi tahunan dan seterusnya dimasukkan dalam kalendar Persatuan Kebangsaan. Ucapan tahniah juga kepada atlet yang telah memberi saingan serta tentangan hebat kepada lawan masing-masing dan yang tewas jangan berputus asa. Pasukan Pulau Pinang akan bergerak balik ke Pulau Pinang pada esok hari (31 Ogos 2015).

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Saturday, August 29, 2015

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT II & TERBUKA PKS UNISZA MERDEKA 2015

Tarikh : 29 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Kampus UniSZA Gong Badak Terengganu

Hari ketiga kejohanan diteruskan lagi dengan kategori recurve dan compound berpasukan lelaki dan wanita pada sebelah pagi manakala berpasukan campuran (recurve & compound) sebelah petang. Sebanyak 16 pasukan telah layak beraksi pada hari ini mengikut acara masing-masing dengan latihan rasmi dijalankan selama 45 minit sebelum saingan sebenar bermula jam 9.00 pagi.

Keadaan cuaca panas dan angin kuat memberi cabaran utama selain fokus pada sasaran yang dicari.

Berikut disertakan keputusan berpasukan (pagi) dan berpasukan campuran (petang) yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

RECURVE LELAKI BERPASUKAN
Pusingan Kalah Mati (1/8)

1. MSN Pulau Pinang vs Pelapis Kebangsaan A
- PK A telah melayakkan diri ke pusingan suku akhir (1/4) selepas mengalahkan MSN Pulau Pinang dengan kiraan mata 2-6

RECURVE WANITA BERPASUKAN
Pusingan Kalah Mati (1/8)

1. MSN Pulau Pinang vs Melaka A
- MSN Pulau Pinang layak ke pusingan suku akhir (1/4) selepas menewaskan lawannya dengan kiraan mata 5-4

Pusingan Kalah Mati (1/4)

1. MSN Pulau Pinang vs UNISZA
- MSN Pulau Pinang tewas pada pasukan UniSZA dengan kiraan mata 4-5

COMPOUND LELAKI BERPASUKAN
Pusingan Kalah Mati (1/8)

1. MSN Pulau Pinang vs Johor
- MSN Pulau Pinang telah melayakkan ke peringkat suku akhir (1/4) selepas menewaskan lawannya dengan kiraan mata 216-196

Pusingan Kalah Mati (1/4)

1. MSN Pulau Pinang vs Sabah
- MSN Pulau Pinang tewas pada lawannya dengan kiraan mata 213-222

BERPASUKAN CAMPURAN (RECURVE)
Pusingan Kalah Mati (1/8)

1. MSN Pulau Pinang vs Uitm Sarawak
- MSN Pulau Pinang tewas pada lawannya dengan kiraan mata 3-5

Secara keseluruhan untuk hari ini, semua atlet yang turun bertanding telah memberi saingan sengit pada lawannya dan telah menunjukkan semangat berlawan sebelum tumpas di medan pertandingan.

Pertandingan tamat pada jam 5.00 petang dan akan bersambung esok hari (30 Ogos 2015) dengan acara akhir bagi semua acara tang dipertandingkan. Dalam masa yang sama juga, satu klinik memanah dan kejohanan mini akan diadakan pada hari terakhir.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT II & TERBUKA PKS UNISZA MERDEKA 2015

Tarikh : 28 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Kampus UniSZA Gong Badak, Terengganu

Hari ini merupakan hari kedua kejohanan dengan acara recurve wanita, compound lelaki dan olimpik round. Saingan diteruskan dengan latihan rasmi selama 45 minit bermula jam 8.00 pagi sebelum saingan sebenar bermula pada jam 8.45 pagi dengan melibatkan recurve wanita dan compound lelaki. Pada sebelah petang hanya akan berlangsung pusingan olimpik round dimana 64 orang akan layak secara automatik ke pusingan tersebut.

Keadaan cuaca panas dan angin memberi tentangan sengit kepada semua pemanah yang turun bertanding. Untuk hari ini seramai 7 atlet akan turun bertanding memberi cabaran mengikut acara masing-masing.

Berikut disertakan keputusan atlet Pelapis Pulau Pinang yang bertanding hari ini :-

RECURVE WANITA 70 METER

1. Siti Nurul Asiah Mahmod (USZA) - 1/595
2. Nur Naseha Rusli (PK A) - 2/577
3. Nur Atiqah Azizi (UPM) - 3/570

Pelapis Pulau Pinang
1. Priyaswary - 21/485
2. Nurin Sofiya - 24/461
3. Pritiswary - 43/379

COMPOUND LELAKI 50 METER

1. Juwaidi Mazuki (EA) - 1/692
2. Lee Kin Lip (SAB) - 2/686
3. Mohd Hakhiki Mohd Kamro (USZA) - 3/672

Pelapis Pulau Pinang 
1. Logathasan - 14/649
2. Syafi Masri - 22/641
3. Mohd Syazwan - 35/618
4. Lew Jia Wei - 46/594

RECURVE WANITA (OLIMPIK ROUND)
Pusingan 1/32 (SET 1)

1. Nurin Sofiya (PEN) vs Nur Ain Ayuni (SSMPH)
- Nurin Sofiya tewas pada lawan di pusingan 1/32 dengan kiraan mata 3-7

2. Priyaswary (PEN) vs Ain Zulika Zulkifli (UKEL)
- Priyaswary layak ke pusingan 1/16 selepas menewas lawannya dengan kiraan mata 6-0

Pusingan 1-32 (SET 2)

1. Pritiswary (PEN) vs Fatin Izzatie (SSMP)
- Pritiswary tewas pada lawan di pusingan ini dengan kiraan mata 0-6

PUSINGAN 1/16

1. Priyaswary (PEN) vs Ng Sui Kim (UPM)
- Priyaswary tewas pada lawannya dengan kiraan mata 51-68

COMPOUND LELAKI (OLIMPIK ROUND)
Pusingan 1/32 (SET 2)

1. Mohd Syazwan (PEN) vs Suharu Yusoff (ATM A)
- Mohd Syazwan layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan lawannya dengan kiraan mata 128-100

2. Lee Jia Wei (PEN) vs Muhd Khairuzzaman (SEL)
- Lee Jia Wei tewas pada lawannya di pusingan jni dengan kiraan mata 129-134

3. Logathasan (PEN) vs Mohd Azreen Rajali (LAB)
- Logathasan layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan lawannya dengan kiraan mata 136-111

4. Syafi Masri (PEN) vs Hakimi Jumali (HAFA)
- Syafi Masri layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan lawannya dengan kiraan mata 129-123

PUSINGAN 1-16

1. Mohd Syazwan (PEN) vs Mohd Hakhiki (USZA)
- Mohd Syazwan tewas pada lawannya dengan kiraan mata 121-133

2. Logathasan (PEN) vs Muhd Khairuzzaman (SEL)
- Logathasan tewas pada lawannya dengan kiraan mata 131-138

3. Syafi Masri (PEN) vs Ahmad Aliff Fadhullah (UISA)
- Syafi Masri tewas pada lawannya dengan kiraan mata 125-137

Untuk makluman, semua atlet Pelapis Pulau Pinang layak ke acara berpasukan (Recurve lelaki, recurve wanita & compound lelaki) dan berpasukan campuran. Acara tersebut akan berlangsung pada keesokkan hari (29 Ogos 2015) dimana sebelah pagi acara berpasukan lelaki dan wanita dan sebelah petang acara berpasukan campuran.

Pertandingan hari ini tamat pada jam 6.00 petang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, August 27, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT II & TERBUKA PKS UNISZA MERDEKA 2015

Tarikh : 27 Ogos 2015 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Kampus UniSZA Gong Badak, Terengganu

Hari pertama kejohanan membuka tirai pertandingan kepada semua pemanah yang akan bertanding serta berkampung selama 6 hari bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2015. Kejohanan ini merupakan kalendar tahunan PKS UniSZA dimana mempertandingkan 2 kategori utama iaitu Recurve (lelaki & wanita) dan Compound (lelaki & wanita). Pihak penganjur menggunakan format Double 70 meter (Recurve) dan Double 50 meter (Compound), Olimpik Round, Berpasukan dan Berpasukan Campuran. Jadual hari pertama hanya mempertandingkan acara Recurve Lelaki, Compound Wanita dan Pusingan Olimpik Round. 

Keadaan cuaca panas dan angin memberi tentangan sengit kepada semua pemanah yang turun bertanding. Untuk hari ini hanya 4 atlet sahaja yang turun bertanding memberi cabaran. 

Berikut disertakan keputusan atlet Pelapis Pulau Pinang yang bertanding hari ini :-

RECURVE LELAKI 70 METER

1. Tan Si Lie (SIN) - 1/649
2. Noor Aiman Abdul Hamid (PK A) - 2/636
3. Keith Teo Kee Hui (SIN) - 3/631

Pelapis Pulau Pinang
1. Naveer Fikri - 48/529
2. Aiman Amran - 58/495
3. Muhammad Faris Jamaluddin - 66/475

COMPOUND WANITA 50 METER

1. Norizah Ishak (ATM B) - 1/672
2. Norhayati Al-Madihah (UISA) - 2/660
3. Syarah Syuhaidah Abas (UPM) - 3/658

Pelapis Pulau Pinang 
1. Kayalvilly Partiban - 22/605

RECURVE LELAKI (OLIMPIK ROUND)

1. Naveer Fikri (PEN) vs Cheah Ken Shern (PLNPB) 
- Naveer Fikri tewas pada lawan di pusingan 1/32 dengan kiraan mata 1-7

2. Aiman Amran (PEN) vs Muhammad Shaiffuddin (USZA) 
- Aiman Amran tewas pada lawan di pusingan 1/32 dengan kiraan mata 2-6

COMPOUND WANITA (OLIMPIK ROUND)

1. Kayalvilly Partiban mendapat bye pada pusingan 1/32 untuk layak ke pusingan 1/16

2. Kayalvilly Partiban (PEN) vs Nur Shafika Elia (SIN)
- Kayalvilly tewas pada lawan di pusingan 1/16 dengan kiraan mata 93-115

Untuk makluman, semua acara akhir akan berlangsung pada hari terakhir kejohanan iaitu 30 Ogos 2015 (Ahad)

Pertandingan hari ini tamat pada jam 5.30 petang dan akan bersambung pada esok (28 Ogos 2015) dengan acara Recurve Wanita, Compound Lelaki dan pusingan Olimpik Round.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT II & TERBUKA PKS UNISZA MERDEKA 2015

Tarikh : 26 Ogos 2015 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kampus UniSZA Gong Badak, Terengganu

Sekali lagi Pusat Kecemerlangan Sukan UniSZA dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) dapat menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit II dan Terbuka PKS UniSZA Merdeka 2015 bermula dari 26 hingga 31 Ogos 2015 di Kampus UniSZA Gong Badak Terengganu. Ini merupakan kejohanan yang digabung serentak pada tahun ini dengan penglibatan semua negeri dan kelab sebanyak 42 penyertaan termasuk dari pasukan jiran iaitu Singapura. Jumlah atlet yang telah berdaftar sebanyak 324 atlet (Recurve Lelaki - 119 atlet, Recurve Wanita - 83 atlet, Compound Lelaki - 78 atlet & Compound Wanita - 44 atlet).

Hari ini berlangsung mesyuarat pengurus pasukan telah dihadiri oleh Pengarah Sukan & Rekreasi kampus UniSZA, Wakil Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Selesai mesyuarat, turut dijalankan tackle inspection (pemeriksaan peralatan) dan latihan rasmi (Sightest).

Pasukan Pelapis Negeri Pulau Pinang telah mengesahkan penyertaan seramai 11 orang atlet yang terdiri daripada 7 orang atlet lelaki dan 4 orang atlet wanita. Mereka bakal bersaing bagi acara recurve dan compound.

Pertandingan hari pertama (27 Ogos 2015) akan bermula pada jam 8.00 pagi dengan jarak Double 70M (Recurve) & Double 50M (Compound) pada sebelah pagi manakala sebelah petang pusingan Olimpik Round. Selamat bertanding buat semua atlet-atlet Pelapis negeri Pulau Pinang pada sirkit kali ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Saturday, August 22, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN OLAHRAGA

Tarikh : 20 Ogos 2015 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat: SMK Dato Kailan, SPU, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. En. Mohd Nadri Bin Mahmood - JSM
2. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
2. 15 Orang atlet

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Middle distance run
3. Hurdle training
4. High Jump training
5. Cooling down

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa di bawah kendalian JSM En. Mohd Nadri Bin Mahmood.
2. Atlet-atlet Pelapis Negeri tidak dapat menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Negeri Sembilan pada 15 dan 16 Ogos 2015 di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan kerana menghadapi peperiksaan sekolah.
3. Ujian kecergasan fizikal dirancang akan dijalankan pada bulan September selepas Skuad Latihan SUKMA negeri selesai menjalani Ujian Kecergasan. 

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved