LAPORAN PEMANTAUAN LAWATAN MR GRAHAM SEERS KE PLN BERBASIKAL PULAU PINANG
Tarikh : 19 hingga 21 September 2014
Tempat : Sekitar Pulau Pinang
Pada 19-21
September 2014,telah diadakn satu sesi lawatan oleh Mr Graham Seers ke
Pusat Latihan Berbasikal Pulau Pinang. Lawatan yang berlangsung selama tiga
hari bermula pada hari Jumaat jam 3.00 petang. Ia bermula dengan sesi
perbincangan jurulatih dan atlit-atlit berbasikal Pulau Pinang. Dalam
perbincangan itu, masalah utama yang disentuh mengenai bagaimana cara latihan
yang berkesan memandangkan keadaan jalan yang agak sibuk ketika waktu petang.
Beberapa penambahbaikan telah dicadangkan dalam sesi perbincangan
berkenaan khusus kepada program latihan. Setelah selesai, program lawatan
diteruskan kepada sesi latihan gymnasium.Beliau turut berkongsi beberapa jenis
latihan yang spesifik khusus untuk sukan berbasikal. Sesi pada hari pertama
berakhir pada pukul 6.30 petang
Hari kedua
lawatan diteruskan dengan latihan road. Mr Graham turut berkayuh bersama atlit.
Sepanjang kayuhan bliau turut menegur beberapa kesalahan yang sering dilakukan
perlumbaan. Turut diadakan sesi latihan mendaki bukit di sekitar Teluk Bahang.
Beliau turut berkongsi cara penggunaan Gear ketika di zon mendaki. Sesi
berakhir pada jam 1.30 petang.
Hari terakhir lawatan
dimulakan dengan latihan dan diikuti ujian masa 50 meter. Ketika latihan
dijalankan, banyak teguran-teguran serta perkongsian oleh beliau. Aktiviti
diteruskan dengan latihan kemahiran individu didalam sukan berbasikal.
Antaranya latihan Balancing dan beberapa kemahiran kayuhan.
Program berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
Kesimpulan dari
lawatan Mr Graham, banyak perkongsian teknik-teknik latihan baru telah
dipelajari. Jurulatih dan atlit berpeluang untuk bertukar-tukar idea serta
pandangan mengeni sukan berbasikal. DIharap dengan kunjungan ini, sedikit
sebanyak dapat membantu meningkatkan prestasi atlit untuk terus maju dalam
sukan berbasikal.
Sekian terima
kasih
Laporan Disediakan
Oleh
Fazli Hisam Bin
Mohd Zainol Abidin
0 comments:
Post a Comment