Tuesday, September 23, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TENPIN BOLING MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA BAWAH 12 TAHUN 2014

Tarikh : 20 September 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Mega Bowling Center Seberang Perai

Kejohanan Tenpin Boling MSSM 2014 bawah 12 tahun memasuki edisi yang ke-15 dimana Pulau Pinang menjadi lokasi persinggahan setiap negeri yang bertanding. Kejohanan kali ini berlangsung selama 4 hari bermula 18 September 2014 dan berakhir 21 September 2014 yang menglibatkan penyertaan seramai 217 peserta, pegawai, pengurus dan jurulatih terdiri dari 16 buah negeri.

Skuad Pulau Pinang mempertaruhkan peserta seramai 8 orang dimana 6 orang adalah atlet Pelapis Pulau Pinang. Sebanyak 5 kategori akan dipertandingkan iaitu acara individu, beregu, all events, master dan berpasukan. Untuk hari ini, hanya acara master lelaki dan wanita dapat dijalankan pada sebelah pagi yang melibatkan lelaki dan wanita.

Berikut disertakan keputusan rasmi bagi acara master lelaki dan wanita bawah 12 tahun :-

MASTER LELAKI (STEP LADDER)
Emas - Megat Zaqrul Haiqal Megat Zairudin (PEN) - 436 jatuhan pin
Perak - Muhammad Hariz Adlan Azman (PEN) - 330 jatuhan pin
Gangsa - Muhammad Zharfan Bin Shahidi@Shaharani (Perlis) - 205 jatuhan pin

MASTER WANITA (STEP LADDER)
Emas - Norsyamira Abu Samah (PHG) - 394 jatuhan pin
Perak - Hanani Haifa Binti Abdullah Sani (SLGR) - 341 jatuhan pin
Gangsa - Nurlayli Fitri Rosli (PHG) - 153 jatuhan pin

Setakat jam 1.00 petang, Skuad Pulau Pinang telah membawa pulang 6 emas 2 perak dan 1 gangsa. Pada hari terakhir kejohanan, hanya acara berpasukan akan dipertandingkan bermula jam 9.00 pagi sebelum acara perasmian penutup pada jam 2.30 petang yang akan dirasmi oleh Pengarah Jabatan pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih
Laporan dari Mega Bowling Center.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved