Monday, September 29, 2014

LAPORAN KLINIK & PENCARIAN BAKAT BARU (TID) BAGI SUKAN ANGKAT BERAT 2014

Tarikh : 27 September 2014 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Dewan Terbuka SMK Tasek, Simpang Ampat.

KEHADIRAN
1. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN USPTN
2. En. Muhammad Asrul Hisham Bin Ahmad - USPTN
3. Pn. Aida Binti Ismail - Penyelaras MSD
4. En. Asaithamby - Penolong Kokurikulum Sekolah
5. En. Zulhilmie Bin Md Fisol - Pemegang Pingat Perak Sukan Komanwel Glasgow.
6. En. Arshad Bin Abu Seman - JSM
7. En. Ahmad Faris Faisal Bin Rosskenedy - Atlet PN
8. En. Abdul Haris Bin Che Pi - Atlet PN

OBJEKTIF
Program ini dapat diadakan adalah bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh digilap, diasah sekaligus diketengahkan di peringkat daerah mahupun negeri. Ia juga dapat memberi pengalaman baru pada setiap pelajar untuk mengenal serta mempraktik teknik-teknik yang betul sebelum pemilihan dibuat. Pihak Unit juga ada membentangkan beberapa perkara dan hala tuju sukan ini pada setiap pelajar sekiranya terpilih. Akhir pembentangan Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah dari rebung"

PENYERTAAN

Penglibatan dalam program ini melibatkan pelajar-pelajar di sekolah tersebut dimana seramai 145 pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 dipanggil untuk hadir pada sesi pemilihan awal. Pada peringkat awal, jurulatih akan mencari seberapa ramai pelajar yang berminat melalui beberapa ujian sebelum ditarik masuk ke peringkat kedua sebelum sesi pemilihan seterusnya dibuat bagi diserap ke program pembangunan negeri.

UJIAN PEMILIHAN
Klinik dan TID sukan ini diteruskan dengan sesi ringkas bersama jurulatih dan beberapa ujian telah dilakukan oleh jurulatih untuk mengenalpasti pelajar yang berpotensi. Antara ujian tersebut adalah mengenalpasti struktur badan ketika squad, ujian asas kekuatan kaki, demo Snatch, Clean & Jerk. Selain itu juga, demostrasi dari pemegang pingat perak Sukan Komanwel Glasgow, Scotland juga dapat ditonton bagi menarik minat pelajar untuk menyertai sukan angkat berat. Beliau juga sempat berjumpa dan melawat Pusat Latihan dan memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet yang sedia ada sebagai peransang untuk terus berjaya dalam sukan angkat berat.


Akhir kata, pihak unit mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga program sebegini dapat diadakan pada tahun akan datang serta menjadi pemangkin untuk melahirkan ramai jaguh-jaguh baru bagi sukan angkat berat.

Sekian Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved