Thursday, August 14, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TENIS BMW MALAYSIAN NATIONAL CIRCUIT LEG 4/2014

Tarikh : 9 hingga 13 Ogos 2014
Tempat: Kompleks Tenis Tun Razak (KTTR), Jalan Duta, Kuala Lumpur

Bertempat di Kompleks Tenis Tun Razak (KTTR) Jalan Duta, Kuala Lumpur telah berlangsung Kejohanan Tenis BMW Malaysian National Circuit Leg 4 2014. Pertandingan ini dijalankan selama 5 hari bermula pada 9 hingga 13 Ogos 2014.  Kejohanan ini menyaksikan penyertaan hampir 151 orang peserta dari seluruh negara membabitkan kategori wanita dan lelaki. Bagi Pasukan Pelapis Tenis Pulau Pinang diwakili seramai 6 orang atlet terdiri daripada 2 orang lelaki dan 4 orang wanita. Berikut disertakan keputusan pertandingan yang melibatkan atlet-atlet dari Pulau Pinang.

Lelaki:
Pang Zhi Yang – Pusingan 3 (Mens Singles Tier 1)
Marco Danielo Geronimo – Pusingan 3 (Mens Singles Tier 1)

Wanita:
Yeoh Wei Jiun – Pusingan 1 (Womens Singles Tier 1)
Sabrina Gee Zhen Hzui – Pusingan 1 (Womens Singles Tier 1)
Loo Shi Pei – Pusingan 2 (Womens Singles Tier 1)
Natalie Loke Lin Xiang – Pusingan 1 (Womens Singles Tier 1)

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved