LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN 6TH KFC SELANGOR OPEN REGATTA 2014
Tarikh
: 15 hingga 17 Ogos 2014
Masa
: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat
: Pantai Batu Laut, Kuala Langat Selangor
Bertempat
di Pantai Batu Laut telah diadakan Kejohanan KFC Selangor Open Reggata 2014, Kejohanan yang melibatkan 12 negeri ini telah
berlangsung selama 3 hari berakhir pada hari Ahad yang lepas. Untuk kejohanan
kali ini, Pulau Pinang hanya menyertai acara Optimist sahaja, dimana melibatkan
10 orang atlet Pelapis.
Untuk
keseluruhan kejohanan kali ini, hanya 4 perlumbaan dapat dijalankan dimana hari
pertama kejohanan hanya berlangsung satu perlumbaan berikutan keadaan tiupan
angin yang perlahan. Hari kedua kejohanan, tiada perlumbaan dapat dijalankan berikutan
keadaan hujan lebat pada sebelah pagi dan sebelah petang pula, keadaan angin
yang perlahan menyebabkan tiada perlumbaan dijalankan.
Hari
terakhir perlumbaan, keadaan cuaca amat baik dimana sebanyak 4 perlumbaan dapat
dijalankan.Perlumbaan tamat pada jam 3 petang. Majlis penyampaian hadiah
disempurnakan oleh Exco Belia & Sukan Negeri Selangor iaitu YB Tuan Dr.
Ahmad Yunus Bin Hairi. Majlis
bersurai kira-kira jam 6.30 petang.
Berikut keputusan
keseluruhan pencapaian atlet Pulau Pinang
Overall
Optimist
1.
Israr Hazim Bin Ismail - ke 5
2.
Nurul Syazwanie Bt Md Saad - ke 37
3.
Mohd Fakhrul Bin Mazlan - ke 67
4.
Chin Wai Kit - ke 74
5.
Muhd Nasri Bin Rahim - ke 76
6.
Muhd Zarif Humaidi Bin Ahmad Zaini - ke 83
7.
Muhammad Alif Haikal - ke 86
8.
Nur Nazurah bt Nazeri - ke 92
9.
Sofea Alisha Bt Yusuff - ke 98
10.
Nurul Farah Izzati Bt Yusoff - ke 102
ULASAN
RINGKAS
Secara
keseluruhan, pencapaian kurang memuaskan. Ini berikutan sesi latihan yang
kurang konsisten ketika bulan ramadhan. Secara keseluruhan, masih banyak yang
perlu diperbaiki khusus dari segi persediaan atlet sebelum,semasa dan selepas
kejohanan. Di harap pada kejohanan seterusnya atlet dapat meningkatkan prestasi
ke tahap yang tertinggi.
Sekian, Terima Kasih
Laporan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin
0 comments:
Post a Comment