Monday, August 26, 2013

PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU (TID) SUKAN SKUASY

Program : Program TID Sukan Skuasy
Tarikh : 25 Ogos 2013 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00  tengahari
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC) Bukit Dumbar, P.Pinang
Kehadiran : En. Khoo Teng Hin (JPM), En. Aaron Soyza (JPM MSNPP),Mathew Wong Kee Hing (JSM), Jurulatih Akademi Skuasy P.Pinang (SAP), dan Atlet- Atlet Pelapis.

OBJEKTIF     
Program ini dijalankan dengan tujuan untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh digilap sekaligus untuk diketengahkan di peringkat. Pihak Persatuan Skuasy Pulau Pinang dan USPTN dengan kerjasama Jurulatih telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu siri pencarian bakat/talent ID.  Peserta yang berjaya untuk sesi ini akan diserap ke Akademi Skuasy Pulau Pinang (SAP) di bawah seliaan Persatuan Skuasy Pulau Pinang (SRAP) dan Program Pelapis Negeri Pulau Pinang.

PENYERTAAN
Penglibatan ke dalam program mencari bakat baru ini melibatkan beberapa pelajar dari sekolah di sekitar Pulau Pinang yang berminat menceburi sukan Skuasy. Seramai 50 orang peserta telah melalui ujian mengenalpasti bakat pada kali ini. Rata-rata umur peserta yang terlibat dapat dipecahkan kepada beberapa kategori umur seperti bawah 12 tahun, 10 tahun, dan 8 tahun.

UJIAN PENILAIAN
Barisan kejurulatihan telah melaksanakan 5 ujian penilaian ke atas semua peserta. Ujian ini akan menilai kebolehan dan bakat setiap peserta dan menjadi kriteria utama pemilihan. 5 ujian ini adalah:
1. Tennis ball throwing
2. Squash ball throwing 
3.Ladder exercise
4. Running on court
5. Hitting

Di samping ujian penilaian ini, di awal sesi telah diadakan penerangan ringkas berkaitan sukan skuasy secara teori. Sebelum setiap ujian penilaian dijalankan, demonstrasi atau panduan akan ditunjukkan oleh atlit-atlit pelapis.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang turut sama terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga program ini mendapat sokongan dari ibubapa sekaligus menjadi pemangkin untuk melahirkan jaguh baru sukan skuasy pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih

Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved