Monday, August 5, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SKUASY

Tarikh : 2 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa : 4.45 pm hingga 6.30 pm.
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David, Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Wong Kee Hing, Mathew (JSM)
3. Aaron Soyza (JPM MSNPP)
4. Atlet  - 18 orang.

LATIHAN
1. Skills training
2. Forehand and backhand drills
3. Full Court Training

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
Pada bulan Ogos, atlet akan menyertai dua Kejohanan seperti berikut:
 1.Hong Kong Junior Open 2013 pada 7 hingga 11 Ogos 2013 di Cornwall St. Park Squash, Hong Kong.
 2.Kejohanan TC Skuasy Kebangsaan 2013 pada 28 Ogos hingga 1 September 2013 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik persendirian atlet.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1.  Atlet-atlet menunjukkan komitmen serta semangat yang tinggi semasa latihan. Sesi latihan bermula dari pukul 3.30 petang sehingga 7.00 petang. Atlet yang beragama islam dan berpuasa dibenarkan menghabiskan latihan lebih awal.

2.  Latihan khusus diberikan kepada 5 orang atlet yang akan menyertai Kejohanan Hong Kong Junior Open 2013. 5 pemain tersebut adalah seperti berikut :
a) Ryan Pasqual (Pelapis)
b) Amitaesh Thevanathan (Pelapis)
c) Ong Sze Kuan (Pelapis)
d) Ishant Shah (Pelapis)
e) Isheta Shah (Pembangunan)

3. En. Khoo Teng Hin (JPM) akan menemani atlet-atlet ini ke kejohanan tersebut.

4. Sementara itu, atlet-atlet lain lebih menfokuskan kepada Kejohanan TC Skuasy Kebangsaan 2013 yang bakal diadakan pada penghujung bulan ini.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh 
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved