Wednesday, August 21, 2013

KEJAYAAN ATLET SKUASY DI SUKAN REMAJA ASIA (AYG) 2013

Sekalung tahniah dan perhargaan buat atlet skuasy kelahiran Pulau Pinang, Vanessa Raj atas kejayaan merangkul pingat emas pada Sukan Remaja Asia (AYG) 2013 di Nanjing China. Sekaligus menjadikan Vanessa sebagai penyumbang pingat emas pertama kontinjen Malaysia di AYG 2013 kali ini.

Pemain skuasy wanita negara ini mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan pemain Hong Kong, Pansy Chan Pui Hei 11-3,6-11,11-7,11,9 dalam masa 52 minit. Rentetan kejayaan ini Vanessa telah meneruskan prestasi yang konsisten sepanjang tahun ini. Sebelum ini Beliau telah muncul selaku naib juara pada Kejohanan Remaja Milo All Star 2013 dan tempat ketiga Kejohanan Remaja Terbuka  Malaysia (PBA Penang) 2013.

Tahniah dan selamat maju jaya.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved