Thursday, June 20, 2013

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PULAU PINANG KE SUKMA XVI 2013 KUALA LUMPUR.

Tarikh : 20 Jun 2013 (Khamis)
Masa : 3.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat : Pesiban Agung USM, Pulau Pinang

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pulau Pinang telah berlangsung semasa Kem Fasa Akhir SUKMA XVI Kuala Lumpur 2013 yang telah diadakan pada 16 hingga 21 Jun 2013. Kontinjen Pulau Pinang bakal menyertai 17 daripada 20 sukan dipertandingkan pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA XVI) Kuala Lumpur dari 28 Jun hingga 7 Julai 2013.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Frederick Tan Teck An berkata seramai 331 atlet akan membawa cabaran negeri dengan misi untuk mengatasi pencapaian pada SUKMA XIV 2011 iaitu 6 emas, 8 Perak dan 12 gangsa.

Antara acara-acara yang akan disertai oleh Kontinjen Pulau Pinang pada Temasya kali ini adalah Polo Air, Renang Berirama, Bina Badan, Bola Jaring, Bola Tampar Dewan, Futsal, Ragbi, Gimnastik Artistik, Ekuestrian, Lawan Pedang, Ping Pong, Muay Thai, Kriket, Judo, Silambam, Bola Keranjang dan Woodball.

Semua atlet yang bertanding sudah bersedia dan bersemangat untuk mencipta kejayaan yang memberangsangkan sepanjang temasya itu berlangsung. Majlis penyerahan bendera telah disempurnakan oleh Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Kesenian YB Pn. Chong Eng kepada Chief De Mission Dato’ Ong Poh Eng.

Antara objektifnya adalah bagi membentuk atlet bermotivasi tinggi sebelum,semasa dan selepas temasya. Malah ia langkah proaktif dalam meningkatkan semangat sepasukan, berdaya saing serta mengeratkan hubungan silahturahim antara semua yang terlibat. Disamping itu sokongan semua pihak termasuk pegawai, ibu bapa dan guru juga amat besar dalam memastikan kejayaan gemilang kontinjen Pualau Pinang pada temasya kali ini.


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved