Friday, August 12, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING - PRIMEUM LANES

Tarikh : 9hb Ogos 2011 [Selasa]
Masa : 6.42 petang hingga 8.23 malam
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru,
Pulau Pinang.
Kehadiran : 5 / 7 orang dan JSM Albert Yeoh

Laporan ringkas :

Sesampai di tempat latihan mendapati JSM Albert Yeoh sedang melatih atlet-atlet yang hadir dan mendapati dua atlet tidak hadir. Mendapatkan maklumat daripada JSM Albert Yeoh sebab ketidak hadiran atlet tersebut.

JSM - memaklumkan dua atlet yang tidak dapat hadir kerana sedang menduduki Percubaan Peperiksaan PMR. Latihan dibulan puasa berjalan seperti biasa, 6.30 petang hinggan 8.30 malam. Latihan di berhentikan semasa berbuka puasa dan di sambung kembali dengan sesi taklimat sahaja.

Semasa pemantauan kesempatan waktu diambil untuk berjumpa beberapa keluarga yang hadir dan berbuka puasa bersama-sama di Pusat Latihan. Selepas berbuka puasa berjumpa dengan atlet dan JSM Albert Yeoh. Memberikan kata-kata semangat kepada atlet untuk terus berlatih dibulan puasa. Mengingatkan atlet supaya memaklumkan kepada Jurulatih jika tidak dapat menghadirkan diri untuk berlatih.

Menyerahkan surat dari Majlis Sukan Negeri tentang "Bantuan Peruntukan Bayaran Sewaan Lorong" bagi Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XIV 2012, Pahang kepada JSM Albert Yeoh selaku Wakil Persatuan.

Diakhir perjumpaan telah menyerahkan VCD Tenpin Boling yang diberikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang kepada pihak Persatuan untuk rujukan dan mungkin boleh digunakan semasa latihan. Tiada isu-isu yang dibangkitkan semasa perjumpaan bersama JSM Albert Yeoh.

Sekian dilaporkan, terima kasih

Fatimah Jamil

























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved