LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH - PLD SMK ST. GEORGE
Tarikh : 10 Ogos 2011 (Selasa)
Tempat : PLD SMK St. George, Pulau Pinang
Masa Latihan : 3.00 pm - 6.30 pm
Masa Pemantauan : 4.00 pm - 5.15 pm
Latihan pada bulan puasa tetap diteruskan. Latihan hari ini adalah shot jarak 50m & 30m. Seramai 9 atlet telah menjalani latihan pada sessi sebentar tadi. Pemantauan kali ini disertai dengan Pegawai Suaian Fizikal (Pn. Mariani Sanawi) & Pegawai Psikologi (Cik Nur Diana Hassan) dari Pusat Satelit Pulau Pinang.
Sesi Psikologi yang dijalankan adalah seperti berikut
Menjalankan Ujian yang dinamakan : Psychological Performance Inventory Test
Ujian ini dijalankan untuk dapatkan tahap asa psikologi atlet dari segi :-
- Self-confident
- Attitude
- Motivation
- Negative & Positive Energy Control
- Attention
Latihan Fizikal yang dijalankan adalah seperti berikut
- Dynamic warm-Up
- Front Back Side Run
- Squat
- Lunges
- Bridging 2 points
- Alternated
- Side (Left & Right)
- Sit Up
- Back Extension
- Arrow Drill & Focusing
Dimaklumkan juga, esok (11 Ogos 2011) saya akan mengiringi atlet Meerosha Balakrishnan ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Atlet tersebut akan menjalani latihan di Bukit Jalil, KL dan seterusnya akan menyertai Kejohanan Memanah Remaja Dunia di Poland.
Sekian, terima kasih.
Shasha Tarmuzi
0 comments:
Post a Comment