Tuesday, August 16, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN SUKAN PELAYARAN - PKSA TANJUNG BUNGAH

Tarikh : 14 Ogos 2011
Masa : 3.00 pm
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA) Tanjung Bungah

JSM : Muhamad Shah
JPM : Ismail Ghani (MSNegeri)
Kehadiran Atlet : 06 orang

Pemantau ini diadakan adalah untuk memastikan bahawa segala program latihan berjalan lancar dan keadaan peralatan yang digunapakai adalah selamat untuk latihan.

Program latihan pelayaran semasa bulan puasa diadakan pada 14 Ogos 2011 jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Waktu latihan dikurangkan setengah jam kerana keadaan cuaca dan bulan puasa. JSM juga turut memastikan keselamatan dengan memeriksa setiap bot sebelum pelayar turun ke laut untuk melatihan.

Program latihan asas dan teknik yang dilatih pada hari tersebut ialah untuk mengawal layar seperti “close hole”, “beating”, “reaching”, “gybe”. Para atlet juga telah diterangkan cara untuk membaca symbol latihan pemulaan dan penamat.

Hasil pemantauan pusat latihan tersebut didapati keadaan tayar troli untuk bot juga amat uzur dan perlu diganti. Perkara ini akan dibincangkan dengan pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk menyelaraskan keperluan Pasukan pelayaran Pulau Pinang.
Sekian.

Ahmad Firdaus Bin Yusoff
























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved