Monday, August 29, 2011

SALAM MERDEKA RAYA





Salam 'Merdeka Raya' dari kami seluruh warga USPTN Pulau Pinang kepada para atlet, jurulatih serta penggiat-penggiat sukan di seluruh negara. Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin..


Read more...

Wednesday, August 24, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA MSN-PELAPIS SERANTAU 2011

Tarikh : 22 Ogos 2011
Venue : Dewan Terbuka, Kompleks Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang

Seperimana tahun-tahun terdahulu, Majlis Berbuka Puasa ini diteruskan lagi pada tahun 2011. Ianya bertujuan merapatkan lagi sillaturrahim di antara pegawai-pegawai MSN dengan jurulatih serta atlet-atlet di bawah program. Hadir sama memeriahkan Majlis ini En. Ahmad Shapawi Ismail, Pengarah Bahagian Atlet MSN, En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Wakil MSNegeri, Jabatan Belia & Sukan Negeri, Wakil Persatuan Olahraga, Berbasikal, Memanah Negeri Pulau Pinang, Pusat Sukan Politeknik Seberang Perai, SMK Alma, Ketua Unit USPTN serta turut hadir atlet serta jurulatih dari Pusat Latihan Serantau (berbasikal) Ipoh, Perak.

Di akhir jamuan, perjumpaan ringkas oleh En. Jefri bersama semua atlet-atlet Pelapis Serantau diadakan. Kata-kata semangat, nasihat serta cadangan penambahbaikan untuk atlet-atlet di bawah program disuarakan ketika perjumpaan ini. Beberapa perkara yang perlu diambil tindakan diambil maklum untuk tindakan selanjutnya. Kepada semua yang hadir, terima kasih diucapkan. Semoga hubungan baik semua pihak seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang demi kemajuan sukan di Negeri & Negara.





















Read more...

Friday, August 19, 2011

MESYUARAT BERSAMA PERSATUAN -KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN 2011

Tarikh : 18hb Ogos 2011 (Khamis)
Masa : 6.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Bikil Mesy. Persatuan Tinju Amatur Pulau Pinang, Batu Uban, PP
Hadir : 7 orang

Perkara yang telah diputuskan seperti berikut :
1. Melantik Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
2. Mengesahkan Tarikh Kejohanan
3. Kewangan
4. Program Pertandingan
5. Lain-lain Hal.

Nama Kejohanan : Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2011

Tarikh Kejohanan : 17 - 21 September 2011

Tempat Kejohanan : Dewan Terbuka Kompleks Belia Dan Sukan, Batu Uban, PP.

Kategori Umur : 17 - 20 Tahun

Lain-lain hal : Selaku PPN Sukan Tinju mencadangkan kategori umur di hadkan dari 16 - 20 tahun. Cadangan tidak di terima atas alasan ketetapan mengikut Peraturan dan Undang-undang Antarabangsa (AIBA)

Kategori Berat Badan - 9 Kategori

1. 46KG - 49KG
2. 49KG - 52KG
3. 52KG - 56KG
4. 56KG - 60KG
5. 60KG - 64KG
6. 64KG - 69KG
7. 69KG - 75KG
8. 75KG - 81KG
9. 81KG - 91KG

PENYERTAAN :

SETIAP PASUKAN DIBENARKAN MENDAFTAR SEMBILAN (9) PENINJU SAHAJA DAN TARIKH TUTUP PENYERAHAN BORANG PENYERTAAN TIDAK LEWAT PADA 6HB SEPTEMBER 2011.

Pihak Persatuan Tinju Amator Negeri Pulau Pinang telah mengedarkan surat Jemputan Penyertaan Kejohanan kepada Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Tinju setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan dari Majlis Sukan Negeri atau Persatuan Tinju negeri masing-masing. Sekian dilaporkan, terima kasih

Laporan Oleh : Fatimah Jamil








Read more...

Thursday, August 18, 2011

TAKZIAH..AL-FATIHAH




NAMA : MOHAMMAD SHAHRUL HADI BIN KHALID

ATLET PELAPIS DARI TAHUN : 2009

KEJOHANAN YANG TELAH DI SERTAI :

1. KARNIVAL PELAPIS NEGERI 01/2009 PULAU PINANG
2. KARNIVAL PELAPIS NEGERI 02/2009 MELAKA
3. KARNIVAL PELAPIS NEGERI 02/1010 NEGERI SEMBILAN

KEMBALI KE RAHMATULLAH : 4HB OGOS 2011


Takziah di ucapkan kepada keluarga arwah Mohammad Shahrul hadi bin Khalid yang telah pergi meninggalkan kita semua pada 04 Ogos lalu kerana kemalangan jalanraya. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat & ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. AL-FATIHAH..


Read more...

Tuesday, August 16, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN SUKAN PELAYARAN - PKSA TANJUNG BUNGAH

Tarikh : 14 Ogos 2011
Masa : 3.00 pm
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA) Tanjung Bungah

JSM : Muhamad Shah
JPM : Ismail Ghani (MSNegeri)
Kehadiran Atlet : 06 orang

Pemantau ini diadakan adalah untuk memastikan bahawa segala program latihan berjalan lancar dan keadaan peralatan yang digunapakai adalah selamat untuk latihan.

Program latihan pelayaran semasa bulan puasa diadakan pada 14 Ogos 2011 jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Waktu latihan dikurangkan setengah jam kerana keadaan cuaca dan bulan puasa. JSM juga turut memastikan keselamatan dengan memeriksa setiap bot sebelum pelayar turun ke laut untuk melatihan.

Program latihan asas dan teknik yang dilatih pada hari tersebut ialah untuk mengawal layar seperti “close hole”, “beating”, “reaching”, “gybe”. Para atlet juga telah diterangkan cara untuk membaca symbol latihan pemulaan dan penamat.

Hasil pemantauan pusat latihan tersebut didapati keadaan tayar troli untuk bot juga amat uzur dan perlu diganti. Perkara ini akan dibincangkan dengan pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk menyelaraskan keperluan Pasukan pelayaran Pulau Pinang.
Sekian.

Ahmad Firdaus Bin Yusoff
























Read more...

Saturday, August 13, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET MEMANAH PELAPIS SERANTAU ZON UTARA

Tarikh : 12 Ogos 2011
Masa : 4.00 - 4.45 pm
Tempat : Politeknik Seberang Perai

Ketika pemantauan 5 orang atlet sedang menjalani latihan bersama jurulatih En. Gatot. Latihan hanya dijalankan pada sebelah petang, kerana atlet bersekolah pada waktu pagi. Sesi latihan sepanjang bulan Ramadan ini bermula jam 4.00 - 6.30 pm. Kenderaan untuk sesi latihan ini diuruskan oleh warden akademi yang akan menghantar & mengambil selepas latihan.

Latihan dilihat berjalan baik & lancar. Latihan 30 meter dijalankan pada hari ini. Jurulatih ada memaklumkan supaya dapatlah kiranya dibekalkan sekurang-kurangnya tiga (3) 'target cover' untuk target-target butt ini. Selain daripada itu, jurulatih juga memohon untuk diadakan sesi psikologi untuk atlet-atlet ini. Perkara ini diambil maklum & perbincangan bersama ISN Satelit PP akan dilakukan.





















Read more...

Friday, August 12, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING - PRIMEUM LANES

Tarikh : 9hb Ogos 2011 [Selasa]
Masa : 6.42 petang hingga 8.23 malam
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru,
Pulau Pinang.
Kehadiran : 5 / 7 orang dan JSM Albert Yeoh

Laporan ringkas :

Sesampai di tempat latihan mendapati JSM Albert Yeoh sedang melatih atlet-atlet yang hadir dan mendapati dua atlet tidak hadir. Mendapatkan maklumat daripada JSM Albert Yeoh sebab ketidak hadiran atlet tersebut.

JSM - memaklumkan dua atlet yang tidak dapat hadir kerana sedang menduduki Percubaan Peperiksaan PMR. Latihan dibulan puasa berjalan seperti biasa, 6.30 petang hinggan 8.30 malam. Latihan di berhentikan semasa berbuka puasa dan di sambung kembali dengan sesi taklimat sahaja.

Semasa pemantauan kesempatan waktu diambil untuk berjumpa beberapa keluarga yang hadir dan berbuka puasa bersama-sama di Pusat Latihan. Selepas berbuka puasa berjumpa dengan atlet dan JSM Albert Yeoh. Memberikan kata-kata semangat kepada atlet untuk terus berlatih dibulan puasa. Mengingatkan atlet supaya memaklumkan kepada Jurulatih jika tidak dapat menghadirkan diri untuk berlatih.

Menyerahkan surat dari Majlis Sukan Negeri tentang "Bantuan Peruntukan Bayaran Sewaan Lorong" bagi Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XIV 2012, Pahang kepada JSM Albert Yeoh selaku Wakil Persatuan.

Diakhir perjumpaan telah menyerahkan VCD Tenpin Boling yang diberikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang kepada pihak Persatuan untuk rujukan dan mungkin boleh digunakan semasa latihan. Tiada isu-isu yang dibangkitkan semasa perjumpaan bersama JSM Albert Yeoh.

Sekian dilaporkan, terima kasih

Fatimah Jamil

























Read more...

Thursday, August 11, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET-ATLET TERJUN

Tarikh : 10 Ogos 2011 (Rabu)
Tempat : Kompleks Silat, MSN Pulau Pinang
Masa Latihan : 7.00 pm - 10.00 pm
Masa Pemantauan : 8.40 pm - 9.30 pm

Latihan dijalankan seperti biasa dan tiada pertukaran masa latihan. Latihan diteruskan dengan kehadiran 5 atlet terjun. Hanya menjalani latihan basic seperti biasa iaitu, lompatan. Latihan asas lain juga dipraktikan seperti posisi straight, pike, tuck dan free.

Dimaklumkan, Cik Jeslina dari Unit Kejurulatihan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) juga turut serta bersama-sama di sesi pemantauan ini. Ini kerana beliau mahu melihat sesi latihan terjun yang dijalankan oleh JLN, En. Xu Ji.

Pada hari Jumaat, Cik Jeslina akan mengadakan satu sesi bersama atlet terjun di Kelab Permata untuk latihan di kolam. Pihak saya tidak dapat turut serta kerana berada di Kuala Lumpur dan segala maklumat yang diperlukan telah dimaklumkan & diberikan kepada beliau.

Sekian, terima kasih.

Shasha Tarmuzi




















Read more...

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH - PLD SMK ST. GEORGE

Tarikh : 10 Ogos 2011 (Selasa)
Tempat : PLD SMK St. George, Pulau Pinang
Masa Latihan : 3.00 pm - 6.30 pm
Masa Pemantauan : 4.00 pm - 5.15 pm

Latihan pada bulan puasa tetap diteruskan. Latihan hari ini adalah shot jarak 50m & 30m. Seramai 9 atlet telah menjalani latihan pada sessi sebentar tadi. Pemantauan kali ini disertai dengan Pegawai Suaian Fizikal (Pn. Mariani Sanawi) & Pegawai Psikologi (Cik Nur Diana Hassan) dari Pusat Satelit Pulau Pinang.

Sesi Psikologi yang dijalankan adalah seperti berikut

Menjalankan Ujian yang dinamakan : Psychological Performance Inventory Test
Ujian ini dijalankan untuk dapatkan tahap asa psikologi atlet dari segi :-

- Self-confident
- Attitude
- Motivation
- Negative & Positive Energy Control
- Attention

Latihan Fizikal yang dijalankan adalah seperti berikut

- Dynamic warm-Up
- Front Back Side Run
- Squat
- Lunges
- Bridging 2 points
- Alternated
- Side (Left & Right)
- Sit Up
- Back Extension
- Arrow Drill & Focusing

Dimaklumkan juga, esok (11 Ogos 2011) saya akan mengiringi atlet Meerosha Balakrishnan ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Atlet tersebut akan menjalani latihan di Bukit Jalil, KL dan seterusnya akan menyertai Kejohanan Memanah Remaja Dunia di Poland.

Sekian, terima kasih.

Shasha Tarmuzi
































Read more...

Wednesday, August 10, 2011

PENERANGAN PROGRAM & SESI DIALOG BERSAMA IBUBAPA PELAJAR

Tarikh : 10 Ogos 2011 (Ahad)
Masa : 10.00 am - 12.30 pm
Tempat : SMK Tasek, Seberang Perai Selatan

Bagi memastikan proses pencarian atlet-atlet muda & pelapis ini berjalan lancar, satu sesi dialog dan perjumpaan bersama pelajar & ibubapa telah diadakan di SMK Tasek baru-baru ini. Program ini adalah hasil inisiatif jurulatih olahraga ASZU, En. G.Saravanan & T.Krishnan yang sanggup turun kebawah untuk mencari atlet-atlet baru. Hadir sama pada sesi ini adalah PK Pentadbiran SMK Tasek, En. Hishamudin Abd. Rahim, PK Koko En. Asaithamby serta beberapa guru lain.

Dianggarkan lebih kurang 100 orang pelajar bersama waris hadir pada hari berkenaan. Penerangan tentang program pelapis disamping semangat yang diberikan oleh jurulatih-jurulatih yang hadir di lihat dapat meyakinkan para waris untuk terus menyokong penglibatan anak-anak mereka dalam bidang sukan ini. Beberapa orang atlet olahraga yang cemerlang di kejohanan MSS Negeri dari sekolah ini akan diberi perhatian oleh jurulatih bagi memastikan prestasi mereka terus meningkat untuk diserap ke program yang lebih tinggi.





















Read more...

Monday, August 8, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING - MEGA LANES, MEGAMALL

Tarikh : 5hb Ogos 2011 [Jumaat]
Masa : 5.15 petang hingga 7.30 malam
Tempat : Pusat Boling Mega Lanes, Megamall Pinang, Prai.
Program : Pembangunan/Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang.
Kehadiran : 12 atlet dan dua JSM

Laporan ringkas :

Sesampai di tempat latihan mendapati JSM Nooriani sedang melatih atlet dibawah selian beliau yang hadir seramai 6 orang. Atlet-atlet yang dibawah selain beliau berumur bawah 12 tahun, kehadiran memuaskan.
Hanya 3 orang atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang yang hadir dan mendapati JLN tiada di tempat latihan. Bertanyakan kepada atlet yang hadir dan atlet memaklumkan JLN keluar sebentar.

Tindakan Penyelaras Sukan : Menghubungi beliau dan menasihatkan supaya beliau tidak meninggalkan latihan selagi masa latihan belum tamat.

Jadual Latihan Program Pembangunan/Pelapis Negeri sepanjang bulan Puasa :

JSM Pn. Nooriani - perubahan

Hari : Selasa dan Khamis
Masa : 4.30 petang hingga 6.30 petang
Hari : Jumaat
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Jumlah atlet dibawah selian : 8 orang

JSM En. Mathihalagan - tiada perubahan

Hari : Isnin, Rabu dan Jumaat
Masa : 6.30 petang hingga 8.30 petang
Jumlah atlet dibawah selian : 9 orang

Keputusan ini dibuat setelah mendapati kebanyakan atlet yang berugama Islam tidak dapat menghadirkan diri sepanjang bulan puasa dan persedian untuk peperiksaan PMR. Hanya empat orang atlet sahaja [yang bukan berugama Islam] yang boleh menghadiri latihan.

JLN Ms. Kim Eun Jun

Kumpulan Pertama :

Hari : Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang

Kumpulan Kedua :

Hari : Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Jumlah atlet yang berlatih di Pulau Pinang : 11 orang

Jumlah atlet didalam Latihan Skuad Sukan Malaysia XV 2012, Pahang : 16 orang
Waktu latihan sepanjang bulan puasa ini telah dibincangkan semasa perjumpaan bersama JLN pada 3hb Ogos 2011 di Pejabat USPTN.

Perjumpaan bersama JSM, Atlet dan Keluarga :

Bersama JSM Pn. Nooriani dan perkara yang dibincangkan :
1. Masa latihan sepanjang bulan puasa.
2. Kehadiran atlet sepanjang bulan puasa
3. Perjumpaan bersama atlet Akmal Haziq Bin Annas yang tidak hadir latihan tetapi
berada di Pusat Latihan.
4. Perjumpaan bersama atlet-atlet dan keluarga yang hadir atas displin semasa menjalani
latihan.
5. Diakhir perjumpaan menyerahkan cek elaun bagi bulan Mei dan Jun 2011.

Bersama JSM En. Mathihalagan dan perkara yang dibincangkan :

1. Masa latihan sepanjang bulan puasa tiada perubahan.
2. Kehadiran atlet pada bulan puasa amat berkurangan.
JSM Mathihalagan - mencadangkan agar tiada latihan dijalankan sepanjang bulan puasa dan latihan dimulakan semula selepas tamat bulan puasa.
PPN - akan membincangkan bersama pihak Persatuan semasa Mesyuarat JKK bil 2/2011 yang akan dijalankan pada 11 Ogos 2011.
3. PPN mendapati JSM selalu menghantar laporan bulanan yang lewat. Menasihatkan JSM supaya menghantar laporan bulanan tidak lewat dari 3hb setiap bulan.
4. Menyerahkan cek elaun bagi bulan Mei dan Jun 2011 dan terus memantau latihan atlet dibawah selian beliau.

Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil
































Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved