Tuesday, December 14, 2010

LAPORAN KEJOHANAN PERAHU LAYAR TERBUKA KEBANGSAAN 2010

Laporan ringkas Kejohanan Perahu Layar Terbuka Kebangsaan
Bertempat di Port Dikcson, Negeri Sembilan
Tarikh Kejohanan 1 hingga 5 Dis 2010
Hari Pertama

Pada 1 Dis 2010,rabu,pasukan PELAPIS Perahu Layar Negeri Pulau Pinang telah bergerak ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk mengambil bahagian Kejohanan Perahu Layar Terbuka Kebangsaan iaitu sirkit terakhir kejohanan perahu layar kebangsaan. Kekuatan pasukan terdiri daripada seorang pegai pengiring, seorang jurulati h dan enam (6) atlit. Pasukan bertolak dari Pulau Pinang pada pukul 0700 pagi dan sampai ke tempat pertandingan pukul 1400. Atlit-atlit seterusnya pergi mengambil kelengkapan yang disewa oleh pasukan untuk pertandingan. Dan jurulatih pergi untuk menghantar boring pendaftaran untuk menyertai kejohanan. Seterusnya atlit memasang layar serta memeriksa kesemua kelengkapan yang telah disewa sambil diperhatikan oleh pegawai pengiring. Pada pukul 1800, pasukan telah pergi ke tempat penginapan yang telah ditempah. Apabila selesai kesemua perkara, kesemua pegawai dan atli keluar ke pekan Port Dikcson untuk makan malam. Selesai makan malam, pasukan bergerak balik ke tempat penginapan untuk mendapatkan rehat.

Hari ke-2
Pada 2 Dis 2010, khamis,pada jam 0530, jurulatih dan atlit telah ke surau berdekatan untuk menunaikan solat subuh. Setelah selesai, jurulatih membawa atlit ke taman untuk membuat senamai pagi. Setelah kesemuanya siap, pasukan bergerak ke tempat pertandingan dan singgah ke kedai makan untuk sarapan pagi. Jam 0900, satu taklimat telah diberikan oleh ketua juri untuk menerangkan situasi kejohanan. Sementara kesemua jurulatih telah dipanggil untuk taklimat sepanjang kejohanan. Selesai taklimat, kesemua pelayar memasang layar serta memeriksa peralatan masin-masing. Jam 1230, pelayar menikmati hidangan tengah hari. Tepat 1400, kesemua pelayar dikehendaki turun ke laut untuk memulakan perlumbaan. Jam 1700 kesemua pelayar telah kembali semuala ke darat setelah mengahabiskan dua (2) perlumbaan bagi kelas Optimist dan 3 perlumbaan bagi kelas Laser 4.7. Selesai kesemua pelayar mengemas kelengkapan masing-masing, pasukan bergerak balik untuk mempersiapkan diri untuk menghadiri majlis pembukaan kejohanan. Jam 2130, pasukan bergerak alk ke tempat penginapan untuk berehat.

Hari ke-3
Pada 3 Dis 2010, jumaat, seperti biasa, menunaikan solat serta membuat senaman pagi, selesai menjalankan aktiviti pagi, pasukan bergerak ke tempat kejohanan. Seterusnya pelayar memasang riben yang akan diletakkan di hujung layar untuk kelas optimist kerana untuk acara berpasukan sementara kelas laser akan meneruskan perlumbaan individu. Acara berpasukan optimist dijalankan secara Double Knout. Jurulatih member tentang percaturan perlawanan. Tepat jam 1000 pagi, kesemua pelayar turun ke laut. Pasukan Optimist pulau Pinang telah melawan dengan pasukan juara bertahan iaitu Perak dan pasukan Pulau Pinang tewas. Jam 1200 kesemua pelayar pulang ke darat untuk makan tengahari serta solat jumaat. Jam 1430, kesemua pelayar turun semula kelaut. Acara berpasukan bagi optimist diteruskan dan lawan seterusnya ialah Melaka dan kita juga tewas. Pelayar Pulau Pinang terus balik ke pantai kerana telah tewas dua kali. Sementara itu dalam acara Laser 4.7 diteruskan seperti biasa. Jam 1800 semua pelayar pulang ke tempat penginapan setelah melalui hari yang memenatkan dengan keadaan cuaca yang amat panas terik. Jam 2000 pasukan menikmati makan malam di pasar malam di pekan Port Dikcson dan pulang ke hotel untuk berehat.
Hari ke -4

Pada 4 Dis 2010, sabtu, selesai solat subuh, senaman ringan dijalan di dalam dewan memandangkan hujan serta angin kencang melanda. Selesai menikmati sarapan pagi, pasukan bergerak ke tempat kejohanan dalam keadaan hujan lebat. Setibanya di kawasan pertandingan, para pelayar tidak boleh memasang alatan berikutan hujan serta angin kencang. Para pelayar ditempatkan di cafe kejohanan untuk bersembang diantara satu sama lain setiap pasukan negeri. Hujan berlarutan sehingga jam 1030. Hujan serta angin berhenti, para pelayar memasang kembali bot masin-masing. Jam 1230 para pelayar menikmati hidangan tengahari. Jam 1400, para juri serta pengadil pertandingan memustuskan hari ini tiada perlumbaan akan dijalankan pada hari ini berikutan ketiadaan angin. Ini mengembirakan semua pelayar dan semua pelayar mengemas bot dan terus bertolak pulang. Jam 1600, pelayar diberi pelepasan untuk pergi ke kolam renang hotel untuk aktiviti riadah dan diawasi oleh jurulatih serta pegawai. Jam 1800, pasukan kembali semula ke hotel untuk bersiap untuk ke pekan untuk makan malam. Jurulatih membawa pelayar makan ikan bakar di medan ikan bakar Port Dikcson. Jurulatih belanja. Selesai makan malam, pasukan kembali ke hotel untuk berehat.

Hari ke-5

5 Dis 2010, ahad, aktiviti pagi dijalankan seperti biasa, sampai di tempat pertandingan, para pelayar memasang bot serta memeriksa bot masing-masing. Sementera itu, semua jurulatih dipanggil untuk taklimat pertandingan. Tepat jam 0930 pelayar turun ke laut memandangkan angin ada. Angin bertiup agak kuat serta cuaca panas. Jam 1200, jurulatih membawa makanan tengahari ke laut dan mengagih-agihkan kepada pelayar negeri. Para pelayar makan didalam bot masing-masing dalam. Selesai makan pertandingan disambung semula dengan pantas kerana ingin mengahabiskan perlumbaan serta menggantikan perlumbaan ari semalam yang dibatalkan. Jam 1500, semua pelayar pulang ke darat kerana masa tidak mencukupi untuk meneruskan perlumbaan memandangkan hari ini hari terakhir kejohanan. Para pelayar mengemas serta memulangkan bot-bot yang disewa. Selesai semua tugas, pelayar menukar pakaian untuk ke majlis penutupan. Majlis penutupan diadakan di dewan berdekatan pada jam 1800. Selesai jamuan penutupan jam 2000, semua peserta bersalaman serta mngucapkan selamat jalan. Pasukan PELAPIS Pulau Pulau Berjaya membawa pulang satu pingat perak serta gangsa menerusi acara Laser 4.7.

Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Muhammad Shah Bin Ismail, JSM Pelapis Pulau Pinang










0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved