Wednesday, December 29, 2010

BENGKEL ATLET PELAPIS NEGERI PULAU PINANG 2010

Tarikh : 26 - 27 Disember 2010
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air, Tanjung Bungah
Laporan ringkas dan untuk makluman,

Alhamdullilah, Aminnnn dengan izin ALLAH rancangan yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan selamat.

Terlebih dahulu ucapan ribuan terima kasih kepada Pengarah Cawangan Pelapis yang telah meluluskan Bantuan Kewangan untuk Program Binaan, Ketua Unit Negeri dan Pengurus Cawangan Pelapis yang menyokong Penganjuran Program Binaan dijalankan.

Sebanyak 4 jenis sukan yang menyertai bengkel tersebut di atas dengan kehadiran 36 atlet, 3 JSM, 2 PPN, di bantu oleh 4 Pegawai ISN dan Pengurus Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Objektif untuk mengadakan bengkel tersebut di atas adalah untuk memberi kefahaman atlet kepada kepentingan Sains Sukan yang merangkumi Pemakanan Sukan, Psikologi Sukan, Suaian Fizikal, dan Fisiologi Senam. Selain dari itu dengan mengadakan bengkel sebegini dapat meningkatkan lagi pengetahuan atlet dan memupuk semangat perkumpulan.

Melewatkan Sesi Ice Breaking diljalankan kerana ingin menuntun perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia. Sesi Ice Breaking bermula pukul 10.00 malam dan berakhir pada 11.30 malam. TAHNIAH !!!!!! pasukan Malaysia.

MALAYSIA BOLEH!!

Kesempatan waktu ini diambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai ISN, Pengurus Pusat Kegiatan Sukan Air dan JSM yang telah membantu dan menjayakan program seperti yang di rancang.

Memeriakan lagi acara penutupan dan penyampian hadiah dan sijil penyertaan dengan kehadiran Tuan Pengarah dan Pegawai Belia & Sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk menghadirkan diri.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan seperjuangan PPN Hamidi yang bersama dalam menjayakan program tersebut di atas dan tidak lupa kepada Pn. Carol Ooi, Penolong Pegawai Belia & Sukan yang telah menguruskan pihak media [RTM dan Surat Khabar Kong Ming] hadir pada hari penutupan.

Acara-acara yang dijalankan seperti di dalam aturcara yang dilampirkan.

Telah menerima maklumbalas positif dan sokongan dari atlet dan keluarga atlet untuk program sebegini diteruskan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL










































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved