Tuesday, December 28, 2010

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA 2/2010 PULAU PINANG

Tarikh : 25 Disember 20
Tempat : Gimnasium Angkat Berat Pulau Pinang
Penyertaan Atlet : 25 Orang
Negeri Yang Bertanding : Kedah, Perlis dan Pulau Pinang

Mesyuarat Pengurus Pasukan 24 Disember 2010

Pada jam 5.30 petang mesyuarat pengurus pasukan diadakan di Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk penetapan kategori atlet dan rombakan acara kejohanan. Untuk makluman, timbang berat badan atlet diadakan di Gimnasium Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan sesi kejohanan terbahagi kepada 2 iaitu disebelah pagi yang bermula pada jam 10.00 pagi dan sesi petang bermula pada jam 2.00 petang.

Hari Kejohanan 25 Disember 2010

Sesi pertama kategori berat badan 45kg, 52kg, 62kg dan 69kg lelaki 14 tahun kebawah yang bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Atlet Pelapis Pulau Pinang seramai 5 orang yang bertanding pada sesi pagi ialah Mohd Harith Lutfie snatch 38kg clean & jerk 50kg total 88kg dan Mohd Haikal Zamri kategori 45kg snatch 25kg clean & jerk 30kg gagal total 25kg.
Mohd Asrul Sabran snatch 45kg clean & jerk 63kg total 108 kg dan Saiful Jamil kategori 52kg snatch 40kg clean & jerk 55kg total 95kg dan Muhd Hafiz Ahmad kategori 62kg snatch 45kg dan clean & jerk 56kg total 101kg.

Sesi kedua kategori berat badan 52kg, 56kg, 62kg,69kg, 77, 85kg, 105kg dan +105kg lelaki bawah 16 tahun. Berikut adalah prestasi atlet pelapis Pulau Pinang yang bertanding ialah Mohamad Solehuddin snatch 40kg clean & jerk 52kg total 92 kg dan Abdul Haris B. Che Pi kategori 52kg snatch 55kg clean & jerk 65kg total 120kg.
Mohamad Shazreen kategori 56kg snatch 52kg clean & jerk 66kg total 118kg. Yeoh Kim Teik kategori 62kg snatch 30kg clean & jerk 48kg total 78kg . Mohamad Izzat B. Ahmad snatch 42kg clean & jerk 87 total 87kg, Muhamad Alif B. Taib snatch 90kg dan clean & jerk 115kg gagal total 90kg.
Mohamad Syakir kategori 77kg snatch 55kg dan clean & jerk 72kg total 127kg. Mohamad Amirun Asyraf kategori 85kg snatch 65kg dan clean & jerk 85kg . Mohd Nur Ikhmal kategori 105kg snatch 60kg dan clean & jerk73kg total 133kg.
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff






0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved