Thursday, July 29, 2010

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MEMANAH FASA 2/2010 - 3rd Day

Pagi pada hari ke-3 kem, latihan berjalan seperti biasa. dimulakan dengan warm-up dan atlet melalakukan latihan menggunakan tali getah dan seterusnya setelah mendapat 'feel' latihan diteruskan dengan menggunakan bow masing-masing. Jurulatih-jurulatih yang bertugas akan meneliti dan memeriksa setiap atlet. Atlet juga dipecahkan beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan akan dilatih seorang jurulatih. Ini memudahkan setiap latihan dapat diberikan secara terus pada setiap atlet. Jam 12.30 tengahari atlet berehat dan bersedia untuk makan tengahari.

Sessi petang dimulakan pada jam 2.30 petang dan kali ini shot ke target but. Sessi pagi atlet shot tanpa target butt dan arrow (shot kosong). Ketika sedang shot, setiap atlet akan diperhatikan oleh jurulatih-jurulatih dan kesilapan yang dilakukan akan diperbetulkan secara direct kepada atlet-atlet. Latihan tamat jam 6.00 petang. Sebelum waktu makan malam jam 7.00 malam, atlet kem memanah mengadakan aktiviti riadah dengan perlawanan persahabatan bersama abang-abang pelapis kebangsaan bermain futsal. Perlawanan berkesudahan 12-2 (PK 12/ PN 2).

Pada waktu malam, sessi taklimat bersama Jurulatih Tohir @ Gatot dengan tajuk Tujuan, Sasaran dan Goal. Kesimpulan pada taklimat ini, setiap atlet perlu berdisiplin tinggi dan bermotivasi tinggi jika mahu berjaya didalam bidang sukan memanah dan akademik. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan 'game' yang direka dan diketuai oleh En.Ibrahim. Dalam sessi ini, setiap atlet dipecahkan kepada 4 kumpulan dan diberikan task dan perlu bentangkan. Tujuan nya adalah untuk menilai sikap atlet supaya sentiasa berfikiran positif, sentiasa menyokong satu sama lain, semangat berpasukan dan perlu ada semangat juang yang tinggi. Sessi tamat jam 10.30 malam dan laporan seterusnya akan dimaklumkan dari hari ke hari.

Sekian, terima kasih.

--
Shasha Tarmuzi
PPN












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved