Saturday, July 10, 2010

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL TREK PELAPIS

Tarikh : 9 Julai 2010
Masa :8 pagi
Tempat : Valodrom Rakyat Ipoh Perak

Seawal jam 7 pagi, seramai 24 atlet menikmati sarapan pagi di Dewan makan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Jam 8 pagi semua atlet telah bersedia di perkarangan Valodrom Rakyat Ipoh Perak untuk melakukan senaman regangan. Jam 8.30 pagi atlet telah bersiap sedia dengan basikal trek masing-masing. Latihan dimulakan dengan sesi warm up trek yang mana latihan ini penting di dalam melatih atlet untuk lebih mengetahui teknik melakukan warm up trek. Ini kerana warm up trek berbeza dengan warm up sukan-sukan yang lain.

Taklimat untuk latihan tersebut dikendalikan oleh jurulatih pelapis negeri kedah dan jurulatih pelapis serantau pulau pinang. Secara teorinya,warm up ini mengambil masa antara 20 ke 25 minit. pergerakan atlet bermula dari bahagian hujung trek(blue band) dengan kayuhan selama 5 minit,kemudian atlet secara perlahan bergerak ke stayer line. Kayuhan di garisan tersebut selama 10 minit kemudian atlet akan turun ke sprinting line untuk meningkatkan kayuhan.

Anggaran kayuhan di sprinting line adalah 5 pusingan .Pada setiap pusingan,atlet akan diberitahu catatan masa dan atlet perlu meningkatkan catatan masa pada setiap pusingan. Aspek yang perlu dititikberatkan semasa di sprinting line adalah masa yang dicatatkan perlulah tidak jauh dengan masa dari pusingan yang sebelumnya. jam 11.30 latihan tamat. Pada jam 3.30 ptg latihan diteruskan dengan sesi jump warm up dan roller test.

Pada jam 5.00 ptg sesi latihan ditamatkan awal berikutan cuaca hujan yang menyebabkan kawasan trek basah dan licin. Atlet menikmati makanan malam pada jam 7.30 malam dan diikuti sesi penerangan trek valodrom pada jam 8.30 malam. Program tamat pada jam 10.30 malam.

Laporan Kem Bakat Berbasikal hari yang pertama, oleh Syamsul Afzan Mohd Nor













0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved