TAKLIMAT PEMAKANAN - SUKAN MEMANAH
Program : Taklimat Pemakanan – Sukan Memanah
Pegawai Pemakanan : Cik Lim Shin Nee
Tempat : Bilik Relaksasi ISN
Tarikh : 03hb Jun 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pm hingga 9.30 pm
Taklimat dari pihak ISN adalah bertujuan untuk memaklumkan tentang kepentingan air didalam badan terutamanya kepada atlet yang terdedah kepada cuaca panas dan pasti akan mengalami dehidrasi (kekurangan air didalam badan).
Tujuan diadakan taklimat ini adalah rentetan daripada pemerhatian jurulatih, atlet tidak mementingkan dan menitikberatkan kepentingan minum air ketika latihan. Ini boleh menyebabkan atlet mudah letih, cepat penat, boleh mengalami demam, batuk dan lain2. Disini ISN memainkan peranan nya bagi membantu atlet mengembalikan tenaga ketika bertanding di Melaka nanti. Pihak ISN juga ada membekalkan 'Sports Drink' kepada semua atlet dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak MSN Pulau Pinang kerana bantuan tersebut.
Beberapa atlet dipilih secara rawak bagi menjalani ujian air kencing ketika di Sukan Malaysia Melaka nanti. Atlet telah diminta untuk memastikan diri masing2 minum air yang secukupnya dan ia akan diperhatikan oleh Jurulatih setiap hari. Kesimpulannya, dengan adanya taklimat ini diharap atlet2 tidak mudah letih ketika menghadapi kejohanan dan sentiasa disiplin diri untuk minum air dengan kerap.
Sekian, dari saya di Pusat Satelit ISN Pulau Pinang melaporkan serba ringkas taklimat yang berjalan hampir 1 jam. Terima kasih

Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi
0 comments:
Post a Comment