LAPORAN KEJOHANAN PELARU LAYAR KFC-MELAKA OPEN REGATTA 2010
KEJOHANAN PERAHU LAYAR KFC- MELAKA OPEN REGATTA 2010
BERTEMPAT DI KELAB PERAHU HANG JEBAT, MELAKA BB
27 HINGGA 31 MEI 2010
Pada 27 Mei 2010, Pasukan Perahu Layar PELAPIS Pulau Pinang bergerak ke Melaka pada pukul pada pukul 0800 dengan menaiki van. Seramai lapan atlit dan dua pegawai yang menyertai dalam pertandingan ini. Team PELAPIS telah tiba di Melaka pada pukul 1700 dan terus mendaftar masuk ke tempat penginapan. Perjalanan ke destinasi agak pelahan disebabkan keadaan cuaca hujan.Sejurus selesai semua pendaftaran, team kemudiaanya pergi ke tempat pertandingan untuk pemeriksaan peralatan dan pemasangan peralatan untuk menghadapi Kejohanan untuk hari keesokankan harinya.
BERTEMPAT DI KELAB PERAHU HANG JEBAT, MELAKA BB
27 HINGGA 31 MEI 2010
Pada 27 Mei 2010, Pasukan Perahu Layar PELAPIS Pulau Pinang bergerak ke Melaka pada pukul pada pukul 0800 dengan menaiki van. Seramai lapan atlit dan dua pegawai yang menyertai dalam pertandingan ini. Team PELAPIS telah tiba di Melaka pada pukul 1700 dan terus mendaftar masuk ke tempat penginapan. Perjalanan ke destinasi agak pelahan disebabkan keadaan cuaca hujan.Sejurus selesai semua pendaftaran, team kemudiaanya pergi ke tempat pertandingan untuk pemeriksaan peralatan dan pemasangan peralatan untuk menghadapi Kejohanan untuk hari keesokankan harinya.
28 MEI 2010- Jumaat
Pada pukul 0700 team menjalani latihan pagi dengan sesi berjoging dan membuat senaman asas. Bersiap sedia untuk bergerak ke kedai makanan untuk bersarapan. Selesai bersarapan, team menuju ke tempat kejohanan untuk mempersiapkan peralatan untuk perlumbaan hari pertama. Selesai pemasangan dan pemeriksaan terakhir, pada pukul 1200, pelayar-pelayar yang beragama islam bersiap-siap untuk menunatkan solat jumaat.
Selesai solat jumaat, jurulatih memberi taklimat tentang perlumbaan dan teknik-teknik,pergerakan angin dan pergerakan arus. Pada pukul 1515, pelayar-pelayar dikehendaki turun ke laut untuk menyertai pelumbaan. Keadaan cuaca begitu panas sekali dan tiupan angin bertiup 12-15 knot. Pelayar menempuh perlumbaan yang boleh dikatakan kuat.
Sebanyak tiga pelumbaan (1,2) dapat dijalankan pada hari pertama dan pelayar PELAPIS Penang dapat keputusan yang memberangsangkan. Para pelayar menghabiskan pelumbaan pada pukul 1730 dan semua pelayar selamat mengharungi perlumbaan.
Selesai mengemaskan peralatan, Pasukan telah bergerak balik ke tempat penginapan, dan bersiap-siap untuk pergi ke untuk makan malam dan selesai makan, team pulang ke hotel untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
KEPUTUSAN HARI PETAMA
OPTIMIST
1. Mohd Syazwan - KE 35
2. Akmal Naim - KE 37
3. Mohd Firdaus - KE 39
4. Mohd Amir - KE 49
5. Mohd Syamin Azim - KE 59
6. Ibnu Arssyad - KE 61
LASER 4.7
1. Yeoh Lai Hoon - KE 3
29 MEI 2010- Sabtu
Pada pukul 0700 team menjalani latihan pagi dengan sesi berjoging dan membuat senaman asas. Bersiap sedia untuk bergerak ke kedai makan untuk bersarapan. Selesai bersarapan, team menuju ke tempat kejohanan untuk mempersiapkan peralatan untuk perlumbaan hari kedua. Taklimat diberikan untuk mengenal pasti kesilapan hari pertama dan taklimat bgi memperbetulkan kesilapan.
Pelayar turun kelaut Pada Pukul 1000 bagi menyambung kembali perlumbaan. Tiupan angin kuat dan keeadaan cuaca panas. Makanan tengahari di bawa ke laut dan pelayar makan didalam bot masing-masing.
Pada Pukul 1600 pelayar menamatkan pelumbaan dan dapat menghabiskan sebanyak 4 pelumbaan(3,4,5,6) dan pelumbaan(7) telah ditangguhkan dan perlumbaan ke tujuh (7) akan disambung keesokan. Selesai mengemaskan peralatan, Pasukan telah bergerak balik ke tempat penginapan, dan bersiap-siap untuk makan malam dan selesai makan, team pulang ke hotel untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
Semua pelayar Pulau Pinang mendengar taklimat selepas perlumbaan dan mengenal pasti kesilapan dan mengenal pasti pemasalahan. Keputusan hari kedua tidak banyak berubah.
KEPUTUSAN HARI KEDUA
OPTIMIST
1. Mohd Syazwan - KE 30
2. Akmal Naim - KE 37
3. Mohd Firdaus - KE 41
4. Mohd Amir - KE 47
5. Mohd Syamin Azim - KE 55
6. Ibnu Arssyad - KE 58
LASER 4.7
1. Yeoh Lai Hoon - KE 3
MEI 2010 – Ahad
Pada pukul 0700 team menjalani latihan pagi dengan sesi berjoging dan membuat senaman asas. Bersiap sedia untuk bergerak ke kedai makanuntuk bersarapan. Selesai bersarapan, team menuju ke tempat kejohanan untuk mempersiapkan peralatan untuk perlumbaan hari ketiga.
Taklimat diberikan untuk mengenal pasti kesilapan hari kedua dan taklimat bagi memperbetulkan kesilapan dan jangan ulangi kesilapan. Selesai memeriksa peralatan, pelayar turun kelaut Pada Pukul 1000 bagi menyambung kembali perlumbaan terakhir (7). Tiupan angin kuat beserta ombak kuat ubah (rebut). Perlumbaan dapat dijalankan dengan sempurna. Semua perlumbaan selesai dalam pukul 1300. Semua pelayar makan tengahari. Selesai mengemaskan peralatan, dan penyerahan peralatan yang disewa, Pasukan telah bergerak balik ke tempat penginapan, pada pukul 1700, kembali semula ke tempat Boat House untuk sesi penyampaian hadiah dan jamuan perpisahan. Selesai majlis, pasukan kembali semula ke hotel.
KEPUTUSAN HARI TERAKHIR
OPTIMIST
7. Mohd Syazwan - KE 27 DIV A- KE 25
8. Akmal Naim - KE 37 DIV A- KE 32
9. Mohd Firdaus - KE 44 DIV B- KE 8
10. Mohd Amir - KE 47 DIV B- KE 11
11. Mohd Syamin Azim - KE 51 DIV C- KE 3
12. Ibnu Arssyad - KE 53 DIV C –KE 4
LASER 4.7
2. Yeoh Lai Hoon - KE 3
31 MEI 2010- ISNIN
Bergerak balik ke Pulau Pinang pada pukul 0800 pagi dan sampai ke Pulau Pinang pada pukul 1500. Semua atlit dan Pegawai selamat tiba dengan selamat.
Laporan Oleh;
Muhd Shah Ismail
JSM Pelayaran Pelapis Negeri Pulau Pinang
0 comments:
Post a Comment