Wednesday, June 16, 2010

SUKMA 2010 - PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN, PETANQUE, BOLA TAMPAR PANTAI & SEPAKTAKRAW

Pengkalan Balak, Masjid Tanah
16 June 2010

‘Tour’ pemantauan venue-venue sukan hari ini bermula di sini dimana sukan pelayaran diadakan. Semasa lawatan, semua atlet telahpun turun ke laut. Semasa tinjauan ini juga dimaklumkan seorang atlet Pulau Pinang mengalami demam dan akan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk pemeriksaan selanjutnya. Semasa perbincangan bersama Pengurus Pasukan & Jurulatih, dimaklumkan tiada masalah besar di venue pertandingan & penginapan bagi sukan pelayaran ini. Semuanya dapat diselesaikan sendiri dengan baik. Tentang pungutan pingat..masih dalam pencarian..







Venue ke-2 adalah sukan petanque, di Arena Petanque Hang Jebat. Semasa lawatan, pasukan Pulau Pinang baru sahaja masuk ke gelanggang menentang pasukan Negeri Sembilan dalam acara Triples Lelaki. Hadir sama di venue ini YAB Ketua Menteri Melaka yang turut meninjau venue pertandingan ini. Kepada pasukan Petanque Pulau Pinang tahniah dan terima kasih atas sumbangan Emas semalam (15.06) dan teruskan buruan pingat untuk Negeri Pulau Pinang ..








Seterusnya perjalanan diteruskan ke Pantai Puteri, venue bagi sukan Bola Tampar Pantai. Perlawanan diantara Pulau Pinang dan Kedah sedang berlangsung dalam kategori Wanita. Keputusan, Pulau Pinang menang 2-1 mengatasi Kedah. Turut berada di venue ini YB Exco Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang bersama Pengarah MSNegeri serta AJK Pengurus Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang..







Venue terakhir hari ini adalah di MITC bagi menyaksikan perlawanan Sepaktakraw Double diantara Pulau Pinang dan Kelantan.























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved