Wednesday, June 30, 2010

ZIARAH COACH T.KRISHNAN DI HOSPITAL

Beberapa staf USPTN dan MSNegeri telah meluangkan masa untuk melawat coach T. Krishnan yang kini dirawat di Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang. Ketika kunjungan semalam, beliau baru sahaja keluar daripada bilik pembedahan, dimana pembedahan kecil dilakukan di bahagian buku lali bagi mengeluarkan darah beku di kaku sebelah kiri beliau.

Dimaklumkan kaki kiri beliau mula membangkak selepas pulang dari Sukan Malaysia XIII lalu dan beliau terus mendapatkan rawatan apabila mendapati keadaan semakin serius.

Sama-samalah kita berdoa agar kesihatan beliau semakin baik dan boleh kembali bertugas seperti biasa ...




Read more...

Thursday, June 24, 2010

BERAKHIRNYA SUKAN MALAYSIA XIII MELAKA 2010

Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 telah melabuhkan tirai pada 19 Jun yang lalu. Majlis Penutup Kejohanan dwi tahunan ini disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di Kem Kontinjen Pulau Pinang, walaupun hanya berjaya memungut 29 Emas, 34 Perak dan 39 Gangsa, semangat juang yang tinggi ditunjukkan atlet sesuatu yang harus dibanggakan.

Walaubagaimanapun, SUKMA XIII Melaka 2010 telah menjadi sejarah. Jadikan ia sebagai satu cabaran untuk bangkit di SUKMA 2012 di Pahang dengan penyusunan semula program bagi mengambalikan kegemilangan sukan Negeri Pulau Pinang ..

Kepada semua atlet-atlet yang berjaya .. TAHNIAH diucapkan ..










Read more...

Friday, June 18, 2010

SUKMA 2010 - TINJU 'AMUK' DI JASIN

Jasin, Melaka
18 June 2010

Dewan Alamanda, Jasin menjadi saksi kecemerlangan petinju-petinju Pulau Pinang apabila meraih 4 Emas dan 1 Perak di hari terakhir pertandingan pada hari ini. Pemenang-pemenang pingat adalah seperti berikut ;

Emas
Rafa’el Mika’el – 54 kg
Hamdan Abd Malik – 60 kg
E.Eswaran – 64 kg
B.Perabagaran – 75 kg


Perak
S.Gopi – 69 kg

Gangsa
Mohd Azrul Izman – 51 kg

Tahniah kepada semua atlet yang telah berjaya mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang. Hasil kerja keras serta usaha atlet & jurulatih selama ini, kini nyata berbaloi.


















Read more...

SUKMA 2010 HOKI - LELAKI GANGSA, WANITA KE-4

Setelah tewas 0-2 kepada Pahang semalam, hari ini pasukan Hoki Wanita Pulau Pinang turun menentang pasukan Terengganu bagi menentukan pingat Gangsa. Keputusan, Pulau Pinang tewas 2-5 dalam perlawanan ini.

Sementara itu, dalam penentuan pingat Gangsa dalam acara Hoki Lelaki, Pulau Pinang berjaya menundukkan Perak 4-3 menerusi pukulan penalty flick.

Keputusan

Hoki Lelaki

Emas : Wilayah Persekutuan
Perak : Melaka
Gangsa : Pulau Pinang

Hoki Wanita

Emas – Johor
Perak – Pahang
Gangsa – Terengganu










Read more...

Wednesday, June 16, 2010

SUKMA 2010 - PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN, PETANQUE, BOLA TAMPAR PANTAI & SEPAKTAKRAW

Pengkalan Balak, Masjid Tanah
16 June 2010

‘Tour’ pemantauan venue-venue sukan hari ini bermula di sini dimana sukan pelayaran diadakan. Semasa lawatan, semua atlet telahpun turun ke laut. Semasa tinjauan ini juga dimaklumkan seorang atlet Pulau Pinang mengalami demam dan akan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk pemeriksaan selanjutnya. Semasa perbincangan bersama Pengurus Pasukan & Jurulatih, dimaklumkan tiada masalah besar di venue pertandingan & penginapan bagi sukan pelayaran ini. Semuanya dapat diselesaikan sendiri dengan baik. Tentang pungutan pingat..masih dalam pencarian..







Venue ke-2 adalah sukan petanque, di Arena Petanque Hang Jebat. Semasa lawatan, pasukan Pulau Pinang baru sahaja masuk ke gelanggang menentang pasukan Negeri Sembilan dalam acara Triples Lelaki. Hadir sama di venue ini YAB Ketua Menteri Melaka yang turut meninjau venue pertandingan ini. Kepada pasukan Petanque Pulau Pinang tahniah dan terima kasih atas sumbangan Emas semalam (15.06) dan teruskan buruan pingat untuk Negeri Pulau Pinang ..








Seterusnya perjalanan diteruskan ke Pantai Puteri, venue bagi sukan Bola Tampar Pantai. Perlawanan diantara Pulau Pinang dan Kedah sedang berlangsung dalam kategori Wanita. Keputusan, Pulau Pinang menang 2-1 mengatasi Kedah. Turut berada di venue ini YB Exco Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang bersama Pengarah MSNegeri serta AJK Pengurus Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang..







Venue terakhir hari ini adalah di MITC bagi menyaksikan perlawanan Sepaktakraw Double diantara Pulau Pinang dan Kelantan.























Read more...

SUKMA 2010 - 6 'BOXER' PP KE SEPARUH AKHIR

Jasin, Melaka
15 June 2010

Sejak jam 3.00 petang, Dewan Alamanda Majlis Perbandaran Jasin tidak sunyi dengan sorakan penonton yang menyokong pasukan negeri masing-masing. Untuk pertandingan hari ini 3 atlet Pulau Pinang turun ke gelanggang untuk saingan suku akhir. 2 daripadangan akan mengiringi 4 atlet lain yang telak layak ke Separuh Akhir semalam (14.06). Berikut adalah jadual perlawanan peringkat separuh akhir yang akan berlangsung esok (16.06) dimana 6 atlet Pulau Pinang akan turun ke gelanggang.

Muhd Azrul Izman Mohd Ridzuan (PEN) vs Wan Mohd Ridzuan (KEL) - 51 KG

Rafa'el Mika'el Abd Rahman (PEN) vs Mohd Shazzuan (SWK) - 54 KG

Hamdan Abd Malik (PEN) vs Mohd Ai Nazirul (KED) - 60 KG

M.Eswaran (PEN) vs Khir Akyazlan (KEL) - 64 KG

B.Perabagaran (PEN) vs Fairus Azwan (PAH) - 75 KG


Doa dan harapan mengiringi perjuangan kalian .. Ayuh .. Selamat Berjuang !!










Read more...

Tuesday, June 15, 2010

SUKMA 2010 - GANGSA UNTUK LAWAN PEDANG

Kompleks Sukan Batu Berendam
14 June 2010

Untuk acara hari ini, harapan diletakkan di bahu Jeslyn Saw dalam acara Sabre Perseorangan – Wanita untuk mencipta sejarah atlet Lwan Pedang pertama memenangi pingat Emas di Sukan Malaysia. Setiap perlawanan diperingkat ‘pool’ hingga ke suku akhir berjaya ditempuhi dengan jayanya. Namun, beliau tewas di peringkat separuh akhir dengan kiraan mata 11-14 kepada peserta daripada Wilayah Persekutuan.

Walaubagaimanapun, tahniah kepada Jeslyn kerana menymbangkan pingat Gangsa dari sukan Lawan Pedang untuk Pulau Pinang ..






Sementara itu, digelanggang bersebelahan berlangsung sengit perlawanan akhir Sukan Kabadi diantara Selangor dan Negeri Sembilan.









Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved