LAPORAN PEMANTAUAN PLN BERBASIKAL
Tarikh: 5 Mei 2010
Masa : 4.00 pm
Tempat: MSN Pulau Pinang.
Jurulatih: JSM Zahari bin Tahir
Pemantauan Atlet
Seawal jam 3.30 petang, jurulatih Pelapis Berbasikal Pulau Pinang iaitu En. Zahari telah datang untuk memulakan latihan.Turut hadir bersama adalah jurulatih dari MSNegeri iaitu En. Shukor serta En. Munir, selaku Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang. Jam 4.30 petang, atlet Berbasikal mula berkumpul untuk memulakan latihan. Terdapat segelintir hadir atlet yang terpaksa hadir pada lewat jam 6 berikutan mempunyai aktiviti di sekolah. Semasa pemantauan dilakukan, seramai 7 atlet Berbasikal telah hadir dan latihan diteruskan.
Latihan
Kayuhan bermula pada jam 4.40 petang. Program latihan yang disarankan oleh jurulatih adalah kayuhan 80 km mengelilingi Pulau Pinang dengan kelajuan 35 hingga 40 km/jam. Masa maksimum yang di peruntukan adalah 3 jam. Kayuhan bermula di MSNegeri p melalui Teluk Bahang, Balik Pulau dan melalui Permatang untuk kembali ke MSNegeri Pulau Pinang.Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap ketahanan atlet.Dikawasan Balik Pulau, atlet dibenarkan memecut pada kelajuaan 40-50 km/jam. Tujuan pecutan dilakukan adalah untuk meningkatkan kekuatan otot kaki.
Cadangan
En. Munir (Setiausaha Persatuan) mencadangkan agar diadakan latihan bersama di Valedrom Ipoh, Perak. Ini berikutan kurangnya pengalaman atlet Berbasikal Pulau Pinang di dalam acara trek. Selain itu, En. Zahari selaku jurulatih Pelapis Berbasikal mencadangkan agar latihan bebanan diadakan 2 kali seminggu dalam proses penyediaan fizikal atlet yang lebih baik.
Laporan Oleh : Syamsul Afzan Bin Mohd Nor

0 comments:
Post a Comment