Friday, May 28, 2010

1 PASUKAN, 1 SEMANGAT, 1 MATLAMAT - GO FOR GOLD

Program : Latihan Pusat Sukan Memanah Sukan Malaysia XIII Melaka 2010
Penginapan : Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang
Tempat Latihan : PLN Batu Uban Pulau Pinang
Tarikh : 25 Mei sehingga 7 Jun 2010
Bilangan Atlet : 18 orang (Pelapis & SUKMA)
Jurulatih : En. Jaffery Low Wei Loon / En. Ramli Bin Tabri / Cik G.Shamani

Tujuan
Memastikan pasukan memanah lebih bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadapi temasya Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 pada 9 hingga 20 Jun 2010. Kem ini juga melibatkan atlet Pelapis & SUKMA.

Objektif
1) Mengumpulkan semua atlet yang berada di Pelapis Kebangsaan, Universiti dan di Pulau Pinang dan berlatih bersama-sama bagi memantapkan lagi pasukan.
2) Membantu atlet dari segi penambahbaikan teknik panahan supaya lebih baik.
3) Memastikan atlet fokus terhadap sesi latihan yang komprehensif.
4) Mewujudkan semangat berpasukan dikalangan atlet junior dan senior.
5) Memastikan atlet mempunyai daya saing dan mampu bersaing demi mencapai matlamat demi Negeri Pulau Pinang.

Sasaran Sukan Malaysia XIII 2010
3 emas / 3 perak / 3 gangsa

Penginapan
Asrama Kompleks Belia & Sukan Pulau Pinang dan diberi pengurangan pembayaran untuk bayaran asrama. Selesa dan katil 2 tingkat.

Makanan
Disediakan oleh pihak kantin kompleks. Menu setiap hari bertukar dengan 3 kali makan. Menyediakan makanan mengikut masa yang telah diberikan. Maklumbalas atlet, sedap dan memuaskan.

Sekian, dari saya melaporkan bagi pemantauan selama 3 hari kem dan kem diteruskan sehingga 7 Jun 2010. Terima kasih.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved