Monday, May 31, 2010

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN NEGERI PULAU PINANG KE SUKAN MALAYSIA XIII 2010 MELAKA

Program : Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKMA XIII 2010 Melaka
Masa : 3.30 pm – 6.00 pm
Tempat : Dewan Majlis Silat Negeri Pulau Pinang

Final Countdown. Dengan tinggal lebih kurang seminggu berlangsungnya Sukan Malaysia XIII 2010 di Melaka, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera kepada Pengurus-Pengurus Pasukan dan Ketua Kontinjen.

Sempena Majlis ini, semua atlet dan pengurus-pengurus pasukan dianggarkan dalam 500 orang berkumpul di Dewan Majlis Silat Negeri seawal jam 8.00 pagi untuk Bengkel Bina Semangat Berpasukan yang dikelolakan oleh ISN Satelit PP dengan bantuan Mr. Edwards de Silva. Sesi ini tamat pada jam 1.00 petang.

Seterusnya semua atlet, pengurus dan keseluruhan Kontinjen Negeri Pulau Pinang masuk semula ke Dewan Majlis Silat Negeri pada jam 3.30 untuk Majlis Penyerahan Bendera. Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Bagi memeriahkan Majlis, Pasukan Sorak Kontinjen Pulau Pinang dari SMK Convent Canossa, Melaka & Agensi Angkat Kontinjen iaitu Jabatan Penjara Negeri Melaka juga dijemput hadir. Turut dijemput adalah pasukan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Go For Gold !!

Selamat Maju Jaya ..





























Read more...

Saturday, May 29, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN PLN - TENPIN BOWLING

Tarikh : 25 Mei 2010 [Selasa]
Masa : 8.00 malam hingga 9.30 malam
Tempat : PLN Mega Lanes Prai, Pulau Pinang
Hadir : Atlet - 10 dari 30 atlet.
JSM : 3 orang

Hasil dari pemantauan :

Mendapati seramai 10 orang atlet yang hadir pada hari tersebut. 8 atlet Cawangan Pelapis telah di pilih untuk ke Skuad Sukan Malaysia dan menjalani latihan di Ampang Superbowl, Bukit Mertajam dan yang lain tidak dapat menghadiri latihan kerana persiapan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan.

Selain JSM dari Cawangan Pelapis yang melatih atlet yang hadir, saya dapati dua orang bekas pemain tenpin boling sedang mejalani sesi "attachment training" untuk mendapatkan Sijil Spesifik Sukan Tenpin Boling Tahap Satu. Ini satu tindakan yang baik dari pihak Persatuan yang dalam proses penyediakan jurulatih sebagai pelapis dimasa akan datang.

Sesi latihan berjalan dengan lancar di bawah kelolaan ketiga-tiga jurulatih.

Mengadakan perjumpaan bersama atlet dan keluarga yang akan berangkat ke Pahang pada 27 Mei 2010 ke Kejohanan Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Sirkit Kebangsaan [Pahang Leg].

Mengadakan perjumpaan bersama JSM dan hal-hal yang dibincangkan seperti berikut : -

1. Laporan Bulanan - memaklumkan kepada JSM ada peningkatan, diharap dapat memperbaiki lagi dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

2. Elaun JSM - pertanyaan dari pihak JSM bilakah elaun mereka akan dibayar. Memaklumkan kepada JSM akan membincangkan perkara ini kepada KUN.

3. Akan mengadakan satu mesyuarat/perjumpaan bersama keluarga atlet selepas berakhirnya Sukan Malaysia XIII 2010, Melaka.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil










Read more...

Friday, May 28, 2010

TAKLIMAT PENDIDIKAN, SESI PENGUJIAN & PENGUKURAN MINAT KERJAYA

Laporan ringkas bagi Program tersebut diatas :

Tarikh : 26 Mei 2010 [Rabu]
Masa : 3.30 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Kehadiran : 14 atlet (Karate PK) & (ASZU)
Pegawai-pegawai dari Unit Pendidikan, Cawangan Hal Ehwal Atlet, MSNM
(Cik Nor Aleeya, Krishnamah, Norrul Huda dan Cikgu Choo)
Puan Hanim - Pengurus Cawangan Pelapis Kebangsaan
En. Mohd Fadil - KUN

Program tersebut diatas meliputi dua sesi :

Sesi Pertama : Pendidikan oleh Cik Krishnamah

Sesi Kedua : Kaunseling & Kecenderungan Kerjaya oleh Cik Nurul Huda
Tujuan Program :

1. Untuk berkongsi maklumat-maklumat tentang pendidikan seperti permohonan kemasukan IPTA selepas tamat SPM, permohonan biasiswa dan lain-lain yang berkaitan.

2. Untuk mengadakan pengujian & pengukuran minat kerjaya supaya mereka lebih memahami tentang kecenderungan mereka terhadap sesuantu kerjaya.

Kedua-dua sesi ini berjalan baik dengan lancar. Program yang bermula pada jam 3.30 petang ini berakhir kira-kira pada jam 6.30 petang. Kepada semua yang terlibat menjayakan program ini, jutaan terima kasih diucapkan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil








Read more...

1 PASUKAN, 1 SEMANGAT, 1 MATLAMAT - GO FOR GOLD

Program : Latihan Pusat Sukan Memanah Sukan Malaysia XIII Melaka 2010
Penginapan : Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang
Tempat Latihan : PLN Batu Uban Pulau Pinang
Tarikh : 25 Mei sehingga 7 Jun 2010
Bilangan Atlet : 18 orang (Pelapis & SUKMA)
Jurulatih : En. Jaffery Low Wei Loon / En. Ramli Bin Tabri / Cik G.Shamani

Tujuan
Memastikan pasukan memanah lebih bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadapi temasya Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 pada 9 hingga 20 Jun 2010. Kem ini juga melibatkan atlet Pelapis & SUKMA.

Objektif
1) Mengumpulkan semua atlet yang berada di Pelapis Kebangsaan, Universiti dan di Pulau Pinang dan berlatih bersama-sama bagi memantapkan lagi pasukan.
2) Membantu atlet dari segi penambahbaikan teknik panahan supaya lebih baik.
3) Memastikan atlet fokus terhadap sesi latihan yang komprehensif.
4) Mewujudkan semangat berpasukan dikalangan atlet junior dan senior.
5) Memastikan atlet mempunyai daya saing dan mampu bersaing demi mencapai matlamat demi Negeri Pulau Pinang.

Sasaran Sukan Malaysia XIII 2010
3 emas / 3 perak / 3 gangsa

Penginapan
Asrama Kompleks Belia & Sukan Pulau Pinang dan diberi pengurangan pembayaran untuk bayaran asrama. Selesa dan katil 2 tingkat.

Makanan
Disediakan oleh pihak kantin kompleks. Menu setiap hari bertukar dengan 3 kali makan. Menyediakan makanan mengikut masa yang telah diberikan. Maklumbalas atlet, sedap dan memuaskan.

Sekian, dari saya melaporkan bagi pemantauan selama 3 hari kem dan kem diteruskan sehingga 7 Jun 2010. Terima kasih.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi












Read more...

Tuesday, May 25, 2010

UJIAN ANGKATAN ATLET PELAPIS NEGERI SLOT SUKMA XIII 2010

Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 10.00 am
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat MSNegeri, Batu Uban

Ujian ini diadakan bagi tujuan menilai prestasi tiga (3) atlet Pelapsi Negeri untuk mengisi slot ke Sukan Malaysia XIII 2010 nanti. Walaupun masih muda, jika angkatan atlet-atlet ini melepasi had yang telah ditetapkan oleh Panel Jurulatih, mereka akan di bawa menyertai ke temasya berkenaan.

Tiga (3) atlet yang hadir untuk sesi ini adalah;

Mohd Shazreen Zainal Abidin
Mohd Amirun Asyraf Azmi
Muhd Alif Taib

Panel Jurulatih;

En. Yeoh Keat Chye – Teknikal Persatuan Negeri
En. Faizulzalham – Jurulatih
En. Thanabalasingam – Jurulatih

Setelah selesai ujian, para panel telah bersetuju & memilih Mohd Amirun Asyraf dan Muhd Alif Taib untuk dibawa menyertai Sukan Malaysia XIII di Melaka nanti.
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff








Read more...

Saturday, May 22, 2010

SESI PSIKOLOGI ATLET TENPIN BOWLING

Tarikh : 19hb Mei 2010 [Rabu]
Sesi Psikologi : 4.00 petang hinggan 5.45 petang
Tempat : Ampang Super Bowl, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Hadir : Atlet 10 (8 dari Cawangan Pelapis)
Pegawai Psikologi Sukan ISNPP (Cik Nur Diana Abu Hassan)

Sampai ditempat Latihan pada pukul 4.00 petang dan kelihatan atlet-atlet telah sedia menunggu untuk menjalani sesi psikologi bersama pegawai yang bertugas.

Sesi psikologi ini merupakan kali yang keempat dan kali pertama diadakan di Ampang Super Bowl, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kelihatan atlet memberi tumpuan dan kerjasama dengan pegawai psikologi sepanjang sesi dijalankan.

Selaku Penyelaras yang memantau pada hari tersebut dan mendapati Pusat Boling Ampang Super Bowl, Bukit Mertajam tidak sesuai untuk menjalankan sesi psikologi terutama bila melibatkan perbincangan kerana suasana yang terlalu bising dan tiada tempat yang khas untuk digunakan.

Perkara ini telah pun dibincangkan dengan Pengurus Pasukan dan Pegawai Psikologi untuk tidak mengadakan sesi psikologi [sesi perbincangan] di Ampang Super Bowl, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pembelian bola boling untuk atlet talah pun dibuat dan kelihatan Pengurus Pasukan dan Jurulatih Luar Negara berada didalam PRO-SHOP untuk menguruskan "Ball Drilling".

Sesi psikologi berakhir dengan sesi "profiles of mood states test" dan bersurai pada pukul 5.45 petang. Kepada pihak ISNPP, terima kasih atas sokongan dan bantuan dalam menjayakan sesi ini.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil









Read more...

Friday, May 21, 2010

ROAD TO SUKMA 2010..PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING, PENGARAH TURUN PADANG

Tarikh : 16hb Mei 2010 [Ahad]
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : PG Bowl, Jalan Farquhar, Pulau Pinang.

Hadir :
Pengarah Majlis Suan Negeri Pulau Pinang
Pengurus Pasukan [En. Larry Chelvan]
Jurulatih [Cik Kim Eun Jung]
Jurulatih [En. Albert Yeoh Seng Poh]
Atlet : 9 orang [ 8 orang dari Cawangan Pelapis]

Hasil dari Pemantauan :

1. Selaku Penyelaras Sukan semasa pemantauan mendapati atlet-atlet berlatih dengan besungguh-sungguh.

2. Dengan kehadiran Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang pada hari tersebut bertambah bersemangat lagi atlet-atlet menjalni latihan mereka.

3. Tuan Pengarah merasa berpuas hati dengan latihan yang ditunjukan oleh atlet-atlet. Diakhir lawatan, beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan atlet-atlet dan memberikan kata-kata semangat kepada atlet-atlet Tenpin Boling.

4. Bagi pihak Pasukan Tenpin Boling mengucapakan terima kasih atas kehadiran Tuan Pengarah.

5. Latihan diakhiri dengan perjumpaan Pengurus Pasukan, Jurulatih-jurulatih bersama dengan atlet dan bersurai pukul 1.30 tengahatri.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.












Read more...

Tuesday, May 18, 2010

'ICE BATH' ATLET BERBASIKAL

Tarikh: 17 Mei 2010
Masa: 5.00 pm-6.00 pm
Tempat: Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Seramai 8 atlet Berbasikal Pulau Pinang hadir pada sesi mandian ais (ice bath) anjuran ISNPP. Satu atlet perempuan dan 7 atlet lelaki. Program ini dikendalikan oleh Pegawai Fisiologi Senam iaitu En. Cheah Boon Chong. Mandian ais ini adalah satu terapi yang digunakan terhadap atlet di dalam proses mempercepatkan pemulihan selepas latihan dan ia juga mampu untuk mengurangkan keradangan akibat dari tekanan latihan yang di jalankan.

Merujuk kepada latihan yang dilakukan, ia melibatkan pergerakan selama 1 minit 30 saat pada setiap pergerakan yang dilakukan. Pada permulaannya,atlet akan berendam di dalam ais selama 1 minit 30 saat dan kemudian atlet akan berbasikal selama 1 minit 30 saat.Ulangan akan dilakukan sebanyak 5 kali.
Laporan Oleh : Syamsul Afzan Mohd Nor









Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved