Thursday, April 8, 2010

TID SUKAN ANGKAT BERAT - SMK ABDULLAH MUNSHI, GEORGETOWN

Tarikh : 06 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat : SMK Abdullah Munshi, Georgetown

Kesinambungan daripada Program Pengenalan Sukan Sehari Bersama MSN pada bulan Februari lalu, satu TID diadakan di SMK ini bagi mengenalpasti atlet-atlet yang berminat & berbakat dalam sukan Angkat Berat.

Program TID ini diketuai oleh Jurulatih Angkat Berat, En. Faizulzalham serta dibantu oleh seorang atlet senior. Program berjalan baik dan lancar dengan bantuan dan sokongan penuh dari Cikgu Iqbal, salah seorang guru di sekolah berkenaan.

Lebih kurang 70 pelajar lelaki dari Tingkatan 1 & 2 terlibat. Hasil tinjauan dan pemilihan yang dilakukan oleh jurulatih, hanya 20 pelajar sahaja yang dipilih untuk menjalani latihan 3 kali seminggu di bawah jurulatih En. Faizulzalham.

Dimaklumkan juga pihak sekolah telah memberi sebuah makmal yang tidak digunakan untuk dijadikan Pusat Latihan di Sekolah berkenaan. Dari pihak USPTN & MSNegeri jutaan terima kasih atas sokongan pihak sekolah dalam sama-sama membantu ke arah melahirkan atlet Negeri & Negara.

Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved