Sunday, April 18, 2010

LAPORAN HARI TERAKHIR KEM BAKAT GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI 2010

Program: Kem Bakat Gimnastik Artistik Lelaki 2010
Tarikh: 16 April 2010
Tempat:Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia

Hari ke lima kem bakat bermula jam 8.00 am di Gimnasium 3. Untuk hari terakhir program, atlet melakukan sesi memanaskan badan sambil di bantu oleh En. Pawel dan jurulatih setiap negeri. Kemudian, program diteruskan dengan 'Fun Games'. Tujuan Fun Games diadakan untuk menghiburkan atlet setelah penat menjalani program ini.

Selain itu, ia bertujuan untuk menguji keupayaan atlet memahami teknik yang telah dipelajari. Aktiviti tersebut telah memberi impak yang besar kepada atlet di mana mereka dapat melaksanakan apa yang dipelajari dengan sempurna setelah menjalani latihan bersama En Pawel. Pada jam 11.30 am, aktiviti tamat. Jam 3.30 pm, majlis penutup bagi program tersebut berlangsung di Gimnasium 3. Turut hadir di upacara tersebut adalah En. Giam Fook Pang, jurulatih, sdo dan atlet.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah untuk 8 atlet terbaik sepanjang berlangsungnya kem tersebut serta penganugerahan sijil kepada semua atlet. Untuk makluman, dua atlet Pulau Pinang tersenarai sebagai 8 atlet terbaik kem tersebut. Hadiah disampaikan oleh En.Giam Fook Pang. Jam 4.00 pm, majlis tamat.

Laporan hari terakhir Kem Bakat Gimnastik Artistik Lelaki 2010

Laporan Oleh : Syamsul Afzan Mohd Nor














0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved