Monday, November 5, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PLN TINJU

Tarikh    :   02 November 2012 (Jumaat)
Tempat  :   SMK Permatang Tok Labu Penaga, Seberang Perai Utara.

Kehadiran :
1.   En. Mohamad Bin Abd Samat - Pengetua SMK Permatang Tok Labu
2.   En. Zainuddin Bin Zakaria - Jurulatih
3.   Atlet Lama - 4 dari 9 Atlet Lelaki (SMK Sri Muda Penaga)
4.   Atlet Baru - 7 dari 19 Atlet Lelaki (SMK Permatang Tok Labu)

Latihan
1.  Warming up
2.  Standing Boxing
3.  Jabbing
4.  School Combat
5.  Padding
6.  Warming down

Ujian
Tiada

Pertandingan
1.   Kejohanan Tinju Tertutup Pulau Pinang Bawah 18 Tahun pada 1hb Disember 2012 di PL Tinju MSN Batu Uban, Pulau Pinang.
2.   Kejohanan Karnival Remaja Kebangsaan Siri 2/2012 Shah Alam, Selangor pada 10 - 14 Disember 2012.

Kecederaan
Tiada

Peralatan
1.  Keadaan Peralatan Latihan (Gloves dan Head Guards) yang terlalu teruk, kali pertama di terima pada tahun 2009.

Program Binaan
1.   Sesi Taklimat Sukan Tinju pada 19hb  Oktober 2012 di SMK Permatang Tok Labu Penaga, SPU.
2.   Ujian Kecergasan pada 26hb Oktober 2012 di SMK Permatang Tok Labu Penaga, SPU.
3.   Program Mengenal Pasti Bakat Baru (TID) pada 31hb Oktober 2012 di SMK Permatang Tok Labu, SPU. 

Ulasan
1.   Pemantauan di SMK Permatang Tok Labu Penaga, SPU dijalankan keatas Sukan Tinju dan Angkat Berat memandangkan kedua-dua sukan ini menjalankan latihan di sekolah tersebut.

2.   Pemantauan dijalankan keatas atlet yang baru dipilih melalui program binaan yang telah dijalankan di SMK Permatang Tok Labu Penaga, SPU bersama atlet yang lama dari SMK Sri muda Penaga, SPU.

3.   Memaklumkan kekurangan kehadiran atlet yang telah dikenalpasti melalui program binaan kepada Pengetua SMK Permatang Tok Labu Penaga, SPU yang ada bersama dan beliau akan membincangkan perkara ini bersama guru yang ditugaskan untuk pembangunan sukan tinju.

4.   Kekurangan kehadiran atlet dari SMK Sri Muda Penaga, SPU dimaklumkan oleh Jurulatih kerana mereka sedang menduduki peperiksaan akhir tahun.

5.   Latihan yang diberikan oleh Jurulatih kepada atlet lama adalah School Combat dan Padding.  Bagi Atlet yang baru diberi penerangan dan latihan iaitu Standing Boxing dan Jabbing.

6.   Jurulatih memohon agar dapat diserahkan Peralatan Latihan (Gloves dan Head Guards) dengan kadar segera memandangkan keadaan peralatan yang diterima  pada tahun 2009 telah terlalu teruk.

7.   Perjumpaan Jurulatih bersama atlet memaklumkan latihan seterusnya pada 6hb November 2012 (Selasa) pukul 5.00 petang dan menegur atlet yang tidak lengkap berpakian sukan supaya tidak mengulangi pada hari latihan yang akan datang.

8.   Perjumpaan PPN/SDO bersama jurulatih dan atlet memaklumkan tentang kejohanan yang akan berlangsung dalam bulan Disember dan berharap semuga atlet dapat mempersiapkan diri dan meminta Jurulatih memberikan nama-nama atlet yang akan bertanding pada 9hb November 2012.

9.   Diakhir pemantauan PPN/SDO mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan atlet yang hadir dengan kata-kata teruskan latihan.

Fatimah Jamil






Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT

Tarikh     :   02 November 2012 (Jumaat)
Tempat   :   SMK Permatang Tok Labu Penaga, SPU


Kehadiran :
1.   En. Mohamad Bin Abd Samat - Pengetua SMK Permatang Tok Labu
2.   En. Jamil Bin Hashim - Jurulatih
3.   Atlet - 4 Lelaki

Latihan
1.   Warming up
2.   Try up Snatch,   Clean & Jerk
3.   Warming down

Ujian
Tiada

Pertandingan
1.  Kejohanan Karnival Remaja Kebangsaan Siri 2/2012 Shah Alam, Selangor pada 10 - 14 Disember 2012.
2.  Kejohanan Angkat Berat Zon Utara Siri 2/2012 Negeri Pulau Pinang pada 28 - 30 Disember 2012.


Kecederaan
Tiada


Peralatan
Tiada


Program Binaan
1.   Sesi Takilimat Sukan Angkat Berat pada 12hb Oktober 2012 di SMK Permatang Tok Labu Penaga, SPU.
2.   Program Mengenalpasti Atlet Baru (TID) pada 19hb Oktober 2012di SMK Permatang Tok Labu Penaga, SPU. 


Ulasan
1.   Latihan bermula pada 5.30 petang dan berakhir 6.45 petang, mula memantau pukul 6.00 petang dan mendapati hanya 4 dari 6 orang atlet sahaja yang hadir.

2.   Mendapatkan makluman dari Jurulatih tentang kehadiran atlet wanita yang baru dipilih semasa Program TID yang lalu dan dimaklumkan oleh jurulatih tiada berita yang diterima dari atlet tersebut.

3.   Memaklumkan kepada Pengetua SMK Permatanag Tok  Labu Penaga, SPU yang hadir semasa sesi latihan dijalankan tentang ketidak hadiran atlet wanita yang baru dipilih semasa Program TID yang lalu dan beliau akan mendapatkan makluman dari guru yang bertugas bagi pembangunan Sukan Angkat Berat.

4.   Dari makluman Jurulatih,latihan yang dijalankan pada hari tersebut bertujuan untuk atlet sendiri tahu berapakah angkatan mereka dari masa ke masa.  Latihan ini dilakukan sekali dalam sebulan.

5.   Perjumpaan bersama jurulatih memaklumkan tentang kejohanan yang akan berlangsung dalam bulan Disember 2012 untuk dimaklumkan kepada atlet sebagai persiapan.

6.   Di akhir pemantauan PPN/SDO berjumpa atlet yang hadir dan menasihatkan supayan terus berlatihn dan bersedia dengan kejohanan yang akan diadakan di Shah Alam, Selangor dan Pulau Pinang nanti. 

Fatimah Jamil









Read more...

LAPORAN RINGKAS KEM BAKAT MENEMBAK PELAPIS NEGERI 2012 PENANG, 1st - 3rd DAY

Tarikh             : 01 November 2012 (Khamis) – 1st Day
Tempat           : Kelab Menembak Pulau Pinang
  
Ketibaan atlet pada jam 4.40 petang di Kelab Menembak Pulau Pinang untuk menyimpan senjata dan talikmat daripada jurulatih. Seramai 33 orang atlet dan 13 jurulatih hadir dan lapor diri untuk kem ini.

Selepas selesai proses penyimpanan senjata, program seterusnya adalah sesi ceramah pemakanan diadakan jam 8.30 malam oleh Puan Loo Lean Hiong, Pegawai Pemakanan ISN Pulau Pinang.







Tarikh          : 2 November 2012 (Jumaat) – 2nd Day


Pergerakkan peserta kem seawal jam 7.30 pagi, daripada hotel penginapan ke Kelab Menembak dengan coaster MSNegeri. Perhimpunan pagi dimulakan dengan senaman ringan yang diketuai oleh En. Subari dan nyanyian lagu Negaraku.


Pada jam 9.00 pagi sesi ujian kecergasan telah bermula dan dikendalikan oleh En. Cheah Boon Chong dan dibantu oleh En. Sheikh Omar daripada ISN Pulau Pinang. Jenis ujian yang dijalankan ialah :

1.    Armstand
2.    Weight & Height
3.    Hand Grip
4.    Sit & Reach
5.    Maximum Pushup
6.    Sit Up
7.    Yoyo Test

Sesi petang yang bermula pada jam 2.30 petang, atlet dibahagikan mengikut acara rifle 10 meter diketuai oleh En. Sabki dan pistol 10 meter yang diketuai oleh En. Baharuddin. Jenis latihan dan ujian spesifik yang telah adakan ialah :

1.    Dry fire
2.    Grouping
3.    Shoot On Target
4.    Position
5.    Order & Command

Sesi malam bermula pada jam 8.30 malam di bilik ceramah Red Ginger di hotel yang dikendalikan oleh En. Firdaus Abd Rahim. Beberapa aktiviti latihan dalam kumpulan dan ice breaking sesi yang 2 untuk atlet meramah mesra sesama sendiri dan membina semangat sepasukan. Aktivi yang dijalankan adalah seperti berikut :

1.    Mengenalpasti memek muka
2.    Identiti rakan sepasukan
3.    Bahasa Isyarat
4.    Mengenalpasti Kekuatan Ketua Kumpulan
5.    Komunikasi Dalam Kumpulan


Sesi ini berakhir pada jam 10.00 malam dan semua atlet dapat menambah pengetahuan dan cara untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan.












Tarikh : 3 November 2012 (Sabtu) – 3rd Day

Pergerakkan peserta kem adalah seperti biasa seawal jam 7.30 pagi ke Kelab Menembak. Sesi dimulakan dengan perhimpunan pagi. Untuk aktiviti seterusnya,
sesi senaman ringan dan slow jog diadakan di Botanical Garden yang terletak berhampiran dengan Kelab Menembak ini.


Sesi berikutnya bermula pada jam 9.30 pagi, atlet dibahagikan mengikut acara dan latihan hari ini diketuai jurulatih seperti berikut:

Acara Rifle

En Yusri Jusoh – Rifle Lelaki
En. Mohd Fauzi Mohd Nor - Rifle Wanita

Acara Pistol

Pn. Tamara - Pistol Wanita
En. Mohd Firdaus Abd Rahim – Pistol Lelaki

Jenis latihan dan ujian spesifik yang adakan ialah :

1. Sitest
2. Grouping
3. Shoot On Target
4. Position
5. Focus

Sesi psychologi bermula pada jam 8.30 malam di bilik ceramah Red Ginger di hotel yang dikendalikan oleh wakil dari Institut Sukan Negara. Beberapa aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:

1. Ceramah Motivasi
2. Goal Setting – Penetapan Maklumat
3. Imegery – Bayangan  
4. Anxiety – Cara Untuk Mengatasi Gementar
5. Kemudahan dan Khidmat ISN
6. Aktiviti Dalam Kumpulan

Sesi ini berakhir pada jam 10.30 malam. Aktiviti ini telah banyak memberi impak positif kepada atlet. Aktiviti seperti ini perlu untuk membina kekuatan mental semasa kejohanan.

Ahmad Firdaus Yusoff









Read more...

Friday, November 2, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 31 Oktober 2012 (Rabu)
Masa Latihan : 6.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik MSN P.Pinang

Kehadiran :
1. Jurulatih - JPM MSNegeri Foong Kok Seng
2. Atlet - 6 atlet pelapis

Latihan
1.General phases & Technic - gymnastic physical,gymnastic basic skill, hand stand,climb rope,technic, cartwheel,runnning off & handspring & frontsalto

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Tiada

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Setakat ini masih boleh digunakan lagi.

Program Binaan
1. Telah jalankan TID di 2 buah tadika di sekitar batu uban pada 31 Oktober 2012

2. Akan adakan klinik sukan gimnastik pada bulan November 2012, tarikh akan berbincang bersama persatuan.

Ulasan
1. Latihan dijalankan mengikut jadual yang dimaklumkan setiap bulan.
2. 4 atlet telah ke Pelapis Kebangsaan bulan lepas.
3. Atlet lelaki yang sediada, seorang berumur 8 tahun, 4 orang yang berumur 7 tahun dan seorang yang berumur 6 tahun. Diharap dengan adanya tid dapat menambah bilangan atlet semasa latihan.
4. Jurulatih juga seorang yang komited terhadap tugas dan sentiasa membantu.
5. Pemantauan dijalankan pada jam 7.30pm sehingga 8.30 pm

Shasha Tarmuzi








Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN PELAYARAN

Tarikh : 31 Oktober 2012 (Rabu)
Masa Latihan : 3.30 pm - 7.00 pm
Tempat : PKSA, Tg. Bungah

Kehadiran :
1. Jurulatih - JPM MSNegeri Ismail Ghani
2. Atlet - 6 atlet pelapis

Latihan
1. Memasang & membuka layar dan belayar sendiri. Ia adalah untuk memastikan layar elok semasa belayar.

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. MYA telah memaklumkan,akan adakan satu kem pemilihan dan latihan semua kelas2 pelayaran pada 13-21 November 2012 di Langkawi, Kedah.

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Optimist & Laser 420 masih boleh digunakan lagi dan Jurulatih selalu membaiki kerosakan pada peralatan tersebut dan pada layar yang koyak.

Program Binaan
1. Akan adakan kem motivasi pada hujung bulan November, masih diperingkat perbincangan.

Ulasan
1. Cuaca, hujan lebat tetapi latihan tetap diteruskan dan minta atlet berhati2 semasa berada di tengah laut.
2. JPM memaklumkan, isu pembelian bot masih belum selesai. Pihak MSNegara telah menyalurkan bantuan ke MSNegeri tetapi pembelian itu masih belum dilakukan. Akan mohon penjelasan pada pihak MSNegeri.
3. JPM memaklumkan, tiada safety boat. Jika latihan,hanya menggunakan kayak ketika menjalani latihan. Ia perlu demi keselamatan jurulatih.

4. Pemantauan dijalankan pada 4.30 petang sehingga 5.30 petang.
5. JSM Pelapis tidak dapat hadirikan diri kerana anak sakit.

Shasha Tarmuzi










Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved