PEMANTAUAN PPN KE PLN TINJU
Tarikh : 02 November 2012 (Jumaat)
Tempat : SMK Permatang Tok Labu Penaga, Seberang Perai Utara.
Kehadiran :
1. En. Mohamad Bin Abd Samat -
Pengetua SMK Permatang Tok Labu
2. En. Zainuddin Bin Zakaria -
Jurulatih
3. Atlet Lama - 4 dari 9 Atlet
Lelaki (SMK Sri Muda Penaga)
4. Atlet Baru - 7 dari 19
Atlet Lelaki (SMK Permatang Tok Labu)
Latihan
1. Warming up
2. Standing Boxing
3. Jabbing
4. School Combat
5. Padding
6. Warming down
Ujian
Tiada
Pertandingan
1. Kejohanan Tinju Tertutup Pulau Pinang Bawah 18 Tahun
pada 1hb Disember 2012 di PL Tinju MSN Batu Uban, Pulau Pinang.
2. Kejohanan Karnival Remaja Kebangsaan Siri 2/2012 Shah
Alam, Selangor pada 10 - 14 Disember 2012.
Kecederaan
Tiada
Peralatan
1. Keadaan Peralatan Latihan (Gloves dan Head Guards) yang
terlalu teruk, kali pertama di terima pada tahun 2009.
Program Binaan
1. Sesi Taklimat Sukan Tinju pada 19hb Oktober 2012
di SMK Permatang Tok Labu Penaga, SPU.
2. Ujian Kecergasan pada 26hb Oktober 2012 di SMK
Permatang Tok Labu Penaga, SPU.
3. Program Mengenal Pasti
Bakat Baru (TID) pada 31hb Oktober 2012 di SMK Permatang Tok Labu, SPU.
Ulasan
1. Pemantauan di SMK Permatang
Tok Labu Penaga, SPU dijalankan keatas Sukan Tinju dan Angkat Berat
memandangkan kedua-dua sukan ini menjalankan latihan di sekolah tersebut.
2. Pemantauan dijalankan
keatas atlet yang baru dipilih melalui program binaan yang telah dijalankan di
SMK Permatang Tok Labu Penaga, SPU bersama atlet yang lama dari SMK Sri muda
Penaga, SPU.
3. Memaklumkan kekurangan
kehadiran atlet yang telah dikenalpasti melalui program binaan kepada Pengetua
SMK Permatang Tok Labu Penaga, SPU yang ada bersama dan beliau akan
membincangkan perkara ini bersama guru yang ditugaskan untuk pembangunan sukan
tinju.
4. Kekurangan kehadiran atlet
dari SMK Sri Muda Penaga, SPU dimaklumkan oleh Jurulatih kerana mereka sedang
menduduki peperiksaan akhir tahun.
5. Latihan yang diberikan oleh Jurulatih kepada atlet
lama adalah School Combat dan Padding. Bagi
Atlet yang baru diberi penerangan dan latihan iaitu Standing Boxing dan
Jabbing.
6. Jurulatih memohon agar dapat diserahkan Peralatan
Latihan (Gloves dan Head Guards) dengan kadar segera memandangkan keadaan
peralatan yang diterima pada tahun 2009 telah terlalu teruk.
7. Perjumpaan Jurulatih bersama atlet memaklumkan latihan
seterusnya pada 6hb November 2012 (Selasa) pukul 5.00 petang dan menegur
atlet yang tidak lengkap berpakian sukan supaya tidak mengulangi pada hari
latihan yang akan datang.
8. Perjumpaan PPN/SDO bersama jurulatih dan atlet
memaklumkan tentang kejohanan yang akan berlangsung dalam bulan Disember dan
berharap semuga atlet dapat mempersiapkan diri dan meminta Jurulatih memberikan
nama-nama atlet yang akan bertanding pada 9hb November 2012.
9. Diakhir pemantauan PPN/SDO mengucapkan terima kasih
kepada jurulatih dan atlet yang hadir dengan kata-kata teruskan latihan.
0 comments:
Post a Comment