Tuesday, October 2, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TINJU

Tarikh     :  18hb September 2012 (Selasa)
Masa      :  5.15 - 6.45 petang
Tempat   :  PLN Tinju, Batu Uban

Kehadiran :

1.   Pakianathan A/L Sabastin - Jurulatih 
2.   Atlet - 10 orang (Pembangunan dan Pelapis Negeri)
3.   Fatimah Binti Jamil - SDO Sukan Tinju


LATIHAN

1.   Kecergasan
2.   Tumbukan (Padding & Punching Bag)
3.   Shadow Boxing
4.   Sparring (Pelapis Negeri dengan ATM)

UJIAN
Tiada


PERTANDINGAN
Tiada


PERALATAN
Tiada


PROGRAM BINAAN

1.   Sesi Taklimat Sukan Tinju di SMK Permatang Tok Labu, Penaga, SPU pada 19 Sep. 2012
2.   Sesi Ujian Kecergasan dan Mengenalpasti Bakat Baru (TID) Sukan Tinju di SMK Permatang Tok Labu, Penaga, SPU pada
      26hb Sep. 2012.


ULASAN

1.   Mendapati Jurulatih Pakianathan sedang melatih atlet Pembangunan dan Pelapis Negeri.  Jurulatih Pakianathan memaklumkan bahawa Jurulatih Jhonny Kasiran berada di Indonesia atas urusan rasmi.

2.   Kehadiran Atlet Pelapis seramai 8 orang dari 12 orang yang berlatih di Pusat Latihan Tinju MSN Batu Uban, Pulau Pinang.

3.   Mendapati atlet-atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dan memberikan sepenuh tumpuan kepada Jurulatih.

4.   PPN - Memaklumakan kepada Jurulatih akan mengadakan Program Sesi Taklimat dan TID di SMK Permatang Tok Labu, Penaga, SPU pada 19hb Sep dan 26hb Sep 2012.  Memohon untuk meminjam peralatan tinju seperti "Gloves dan Head Guards".

5.   Diakhir pemantauan berjumpa dengan Atlet Pelapis Negeri dan memaklumakan Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 02/2012 akan di adakan di Selangor pada 14 - 19  Disember 2012 dan memberikan kata-kata nasihat untuk berlatih bersungguh-sungguh.

Fatimah Jamil








Read more...

Monday, October 1, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN LAWN BOWLS

Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat)
Masa Latihan : 5.00 pm - 7.00 pm
Tempat : PLN Kompleks Sukan MPSP Bertam

Kehadiran :
1. Jurulatih - JSM Yusof Omar
2. Atlet - 8 atlet pelapis

Latihan
1. Free distance with 3 bowls jack snake

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Seramai 4 atlet pelapis & 1 JSM telah menyertai Kejohanan Lawn Bowls Pairs 2012 di K.Kinabalu,Sabah pada 19-22 September 2012.
2. Akan menyertai Kejohanan Lawn Bowl Fours 2012 di Perlis pada bulan Oktober.

Kecederaan

1. Tiada

Peralatan
1. Menggunakan mat,bowl n jack milik MSNegeri yang disimpan didalam stor MPSP dan dijaga oleh Persatuan.
2. Kemudahan padang,masih boleh digunakan setakat ini walaupun green semakin nipis/haus.

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan
1. Latihan berjalan seperti biasa dibawah latihan JSM Pelapis.
2. Kehadiran atlet - 8/12 hadir pada hari ini.
3. Cuaca semasa pemantauan, renyai dan selepas itu ok dan padang basah.

4. Semasa perjumpaan & perbincangan bersama atlet, seorang atlet mohon untuk diberi surat pelepasan menyertai latihan kerana pihak pengurusan politeknik telah tetapkan selepas jam 7pm pintu utama asrama akan ditutup - saya ambil maklum dan akan sediakan surat pelepasan kepada pihak politeknik.
5. Atlet bertanyakan tentang sijl penyertaan menyertai kejohanan kebangsaan yang disertai,kerana tidak pernah dapat,mohon pertimbangan untuk diberi sijil menyertai kejohanan untuk rekod disekolah - pihak saya akan panjangkan di peringkat Persatuan semasa Mesyuarat JKK Bil.2 kelak.








Read more...

Friday, September 28, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN MEMANAH


Tarikh : 27 September 2012 (Khamis)
Masa Latihan : 4.00 pm - 7.30 pm
Tempat : PLN Batu Uban

Kehadiran :
1. Jurulatih - JPM Jaffery Low
2. Atlet - 6 atlet recurve / 3 atlet compound

Latihan
1. 5 atlet recurve  sedang menjalani latihan 'Free Shooting'
2. 1 atlet menjalani latihan 'Tunning 25m'
3. 3 atlet compound menjalani latihan jarak 30m

Ujian
1. Monthly Scoring akan dijalankan esok (29hb) - Single FITA / 6 atlet sahaja yang belum lengkap ujian ini.

Pertandingan
1. 4 atlet telah menyertai Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan 2/2012 di MSNM Taman Keramat, K.Lumpur.

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Telah menerima 5 target butt dari Caw. Pelapis

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan
1. Cuaca hujan - padang 'lecah' & rumput panjang
2. JPM telah ditugaskan untuk membawa pasukan Pelapis Negeri selama 15 hari (latihan & kejohanan) ke Kejohanan Memanah Jemputan Antarabangsa Pelapis Serantau 2012 (1-15 Okt 2012)
3. Mengambil kesempatan berjumpa atlet dan ibubapa yang hadir
4. Atlet ramai yang tidak hadir kerana cuaca hujan dan terlibat dengan peperiksaan yang hampir tiba.
5. Telah menekankan kepada jurulatih tentang penggunaan kasut sukan dan boot sahaja dibenarkan ketika latihan / selipar tidak dibenarkan.
6. Esok akan diadakan satu perjumpaan & perbincangan bersama Jurulatih2 Memanah di PLN Batu Uban (Jaffery,Shamani & Ramli)

Sekian,terima kasih.







Read more...

KLINIK PENGENALAN SUKAN DI SMK TASEK

Tarikh : 22 September 2012
Masa : 9.00 am – 1.30 pm
Tempat : SMK Tasek, Simpang Ampat, SPS

Bagi memastikan program pembangunan berterusan & negeri tidak ketandusan atlet-atlet pelapis, satu klinik pengenalan sukan telah diadakan di SMK Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

Kehadiran serta program ini amat dialu-alukan & disokong sepenuhnya oleh pihak sekolah yang mana turut mahukan ada dikalangan pelajar dari sekolah ini kelak dapat mewakili negeri & negara. Empat (4) jenis sukan telah dipilih untuk diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di sekolah ini iaitu Angkat Berat, Tinju, Berbasikal & Olahraga.

Selain pegawai, program ini juga turut dibantu oleh jurulatih-jurulatih di bawah program Pelapis Negeri & Pelapis Serantau. Atlet-atlet yang kini dibawah program juga turut hadir untuk membantu jurulatih. Kesinambungan dari program ini, satu TID Spesifik akan telah dirancang & akan diadakan di sekolah ini dalam masa terdekat, bagi memilih pelajar-pelajar yang berpotensi untuk diserap di bawah program.

Secara keseluruhan, program berjalan baik & lancar. Terima kasih kepada pihak sekolah atas sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua jurulatih & atlet yang turut membantu.




















Read more...

Wednesday, September 26, 2012

PEMANTAUAN KUN KE PUSAT LATIHAN OLAHRAGA AKADEMI SERANTAU ZON UTARA

Tarikh : 20 September 2012
Masa : 5.30 - 7.00 Petang
Tempat : Kompleks Sukan MPSP, Bukit Mertajam

Pemantauan latihan secara berkala dilakukan Kompleks Sukan ini bagi memastikan perancangan serta latihan atlet berjalan baik & lancar. Kesemua jurulatih dibawah Program Pelapis Serantau hadir menjalani latihan di Stadium ini walaupun pada awalnya hujan turun lebat.

Sebelum latihan bermula, sesi perbincangan bersama jurulatih diadakan. Dimaklumkan untuk latihan hari ini seramai 20 pelajar / atlet dari Politeknik Seberang Perai turut turun menjalani latihan bersama. Berikut adalah  latihan yang dijalankan oleh jurulatih-jurulatih pada hari ini ;

Coach T. Krishnan 
- Drill / Biomekanik
- Speedwork
- Starting 

Coach Ahmad Mazlan
- Latihan Gym di Wisma A.Berat
- Jumping Drill

Coach Hazril Hassan
- General Strenght

Semua atlet Olahraga ASZU turun menjalani latihan bersama 20 oranng pelajar / atlet dari Politeknik. Tiada laporan kecederaan atlet dilaporkan. Persiapan penyertaan Kejohanan Penang Open pada 30 September ini di Stadium Olahraga USM, Minden. 









Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved