Friday, September 28, 2012

KLINIK PENGENALAN SUKAN DI SMK TASEK

Tarikh : 22 September 2012
Masa : 9.00 am – 1.30 pm
Tempat : SMK Tasek, Simpang Ampat, SPS

Bagi memastikan program pembangunan berterusan & negeri tidak ketandusan atlet-atlet pelapis, satu klinik pengenalan sukan telah diadakan di SMK Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

Kehadiran serta program ini amat dialu-alukan & disokong sepenuhnya oleh pihak sekolah yang mana turut mahukan ada dikalangan pelajar dari sekolah ini kelak dapat mewakili negeri & negara. Empat (4) jenis sukan telah dipilih untuk diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di sekolah ini iaitu Angkat Berat, Tinju, Berbasikal & Olahraga.

Selain pegawai, program ini juga turut dibantu oleh jurulatih-jurulatih di bawah program Pelapis Negeri & Pelapis Serantau. Atlet-atlet yang kini dibawah program juga turut hadir untuk membantu jurulatih. Kesinambungan dari program ini, satu TID Spesifik akan telah dirancang & akan diadakan di sekolah ini dalam masa terdekat, bagi memilih pelajar-pelajar yang berpotensi untuk diserap di bawah program.

Secara keseluruhan, program berjalan baik & lancar. Terima kasih kepada pihak sekolah atas sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua jurulatih & atlet yang turut membantu.




















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved