Friday, August 13, 2010

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN KEJ. BERBASIKAL PIALA YB SYED AMIRUDDIN 3/2010




Tarikh :08 Ogos 2010
Tempat : Sungai Ara, Pulau Pinang
Masa : 9.00 pagi
Atlet : 32 atlet ( 25 lelaki & 7 wanita)
Anjuran : Persatuan Berbasikal Daerah Barat Daya / Persatuan Berbasikal Pulau Pinang

Kejohanan Lumba Basikal Jalan Raya Terbuka Piala YB Syed Amiruddin Bin Dato’ Syed ahmad kali Ketiga 2010 telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Daerah Barat Daya. Perlumbaan ini bermula pada pukul 9.20 pagi. Garis permulaan dan tamat adalah di hadapan SK Mutiara Perdana, Sungai Ara. Berhampiran Kem 2 Askar Melayu.

Perlumbaan ini disertai oleh 32 orang pelumba (25 Lelaki & 7 Wanita). Bagi kategori lelaki diungguli oleh Muaz bin Rahim diikuti oleh Hafiq bin Alias di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh Meisheelan a/l Ganesan. Bagi kategori wanita pula dimenangi oleh Norazimah bt Abd Rashid, Nurul Shannas bt Moktar pula ditempat kedua dan Dayang Nor Fitri bt Zahrain di tempat ketiga.

Perlumbaan dan majlis penyampaian hadiah selesai pada pukul 12.00 tengahari.

Laporan Oleh : Hamidi Lokman

Read more...

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADAN ..

Salam Ramadan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa dari kami warga USPTN Pulau Pinang ..

Read more...

Sunday, August 8, 2010

KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN REMAJA 2010 : PP TEWAS DI FINAL

Tarikh : 5 – 8 Ogos 2010
Tempat : Bukit Kiara, K.Lumpur

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan badminton remaja Pulau Pinang walaupun tewas 5-6 kepada Kuala Lumpur pada perlawanan akhir petang tadi. Dalam perlawanan separuh akhir semalam, pasukan Pulau Pinang berjaya mengatasi Melaka 6-5 untuk layak ke perlawanan akhir.
Laporan Oleh : Razlan Abdullah, JPM USPTN








Read more...

Monday, August 2, 2010

LAPORAN RINGKAS UJIAN KECERGASAN SUKAN BADMINTON

Tarikh : 31 Julai dan 1 Ogos 2010 (Sabtu/Ahad)
Tempat : Dewan Badminton Berapit.
Masa : 0900 Pagi – 1200 Tengahari.

Bilangan Atlet Yang Hadir : 15 Atlet (BM)

1. Lelaki : 9 Atlet
2. Perempuan : 6 Atlet

Di Kendalikan oleh Staf ISN (Boon Chong / Shiny / Anis / Sheik Omar)

Di Bantu oleh JPM Razlan dan JSM Choong Kah Tzun.

Ujian-ujian yang telah di jalankan.

Hari pertama

1. Board Jump
2. Counter movement Jump
3. Maximum Push Up ( Pumping )
4. Maximum Crunches ( Sit Up )
5. 10M Sprint
6. 5 Meter Shuttle Run

Hari Kedua

1. Agility Diagonal
3. Agility Side To Side
2. Yo-Yo Endurance

Ulasan :

Pada hari kedua terdapat penambahan 3 Atlet. Seramai 11 Atlet tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan aktiviti ko-korikulum di sekolah masing-masing.
Ujian-ujian tersebut telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Sekian.

Razlan Abdullah
JPM Badminton USPTN










Read more...

Saturday, July 31, 2010

SELAMAT MAJU JAYA ..

Kami seluruh warga kerja USPTN Pulau Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Syamsul Afzan Mohd Nor atas sumbangan & komitmen beliau sepanjang bertugas sebagai PPN di Unit ini. Beliau akan menyambung tugas sebagai Pengurus Sukan di Unit Pelapis Serantau, Cawangan Pelapis di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Semoga beliau akan terus cemerlang di tempat kerja yang baru kelak. Selamat Maju Jaya di ucapkan ..
Hari terakhir bertugas di USPTN Pulau Pinang ..

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved