Wednesday, November 5, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 4 November 2014 (Selasa)
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Shukor Bin Darus (Jurulatih Majlis Sukan Negeri)
2. En Munir Ismail (Setiausaha Persatuan)
3. Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin (PPN Sukan Berbasikal)
4. Atlet Pelapis 7 Lelaki, 4 Wanita

LATIHAN
1. Latihan MSN – Teluk Bahang (76 KM) bagi pelumba senior
2. MSN – Tesco ( 8km x 10 lap) bagi pelumba wanita.

UJIAN
1.Tiada

PERTANDINGAN
1.Tiada

KECEDERAAN
1.Tiada

PERALATAN
1. Kekurangan basikal untuk atlit baru telah dapat diatasi dengan bantuan pihak persatuan dengan menyediakan beberapa buah basikal untuk menjalani sesi latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Program Pencarian bakat (TID) telah dijalankan pada 27 Oktober 2014 (Isnin) di SMK Methodist Lelaki Pulau Pinang.

ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan berjalan seperti biasa.
2. Pelajar yang terpilih semasa ujian TID baru-baru ini dipanggil secara berperingkat untuk menjalani ujian seterusnya sebelum diserap masuk terus ke dalam program. Ujian dikendalikan sepenuhnya oleh Jurulatih dan Encik Munir. Setakat ini, 2 orang telah berjaya melepasi ujian dan diserap masuk kedalam program.
3. Sesi ujian seterusnya akan berlansung seperti biasa sehingga kesemua pelajar yang disenarai pendek menjalanin ujian di MSN Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Monday, November 3, 2014

LAPORAN PROGRAM LATIHAN BERSAMA DIANTARA USPTN PULAU PINANG & USPTN KEDAH - SUKAN TINJU

Tarikh : 31 Okt – 2 Nov 2014
Tempat : Majlis Sukan Negeri Kedah
Peserta : 10  Atlit, 1 Jurulatih, 1 Pegawai

Pada 30 Oktober hingga 2 November 2014 , satu program latihan bersama telah diadakan diantara Pelapis Pulau Pinang & Pelapis Kedah. Program yang dijalankan selama 3 hari ini telah diadakan di Majlis Sukan Negeri Kedah. Seramai 6 orang atlit telah menyertai program kali ni dan mereka adalah yang terlibat dengan Kejohanan Grand Final yang akan diadakan pada November 2014 di Pahang Darul Makmur.

Hari pertama program latihan dimulakan dengan latihan ringan bermula jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 7.00 petang. sesi latihan lebih fokus teknik tumbukan  dimana pentinju masih lagi melakukan beberapa kesilapan ketika fasa tumbukan. Selain itu beberapa teguran dibuat khusus bagaimana posisi tangan dan badan ketika bertahan.Sesi diakhiri dengan “ Mini Game “.

Hari kedua program melibatkan dua sesi latihan pagi dan petang dimana setiap sesi diadakan selama 2 jam. Sesi pagi dimulakan dengan sesi pemanas badan dan diteruskan dengan latihan kemahiran dalam tinju begitu juga pada sesi latihan petang.Hari terakhir program diadakan di Stadium Darul Aman. Program latihan fokus kepada latihan kecergasan. Pelbagai variasi latihan di ajar oleh jurulatih bagi mempelbagaikan sesi latihan untuk mengelak situasi bosan ketika latihan.

Kesimpulannya,program kali ini, lebih kepada mempelbagaikan persekitaran sesi latihan dikalangan petinju. Selain itu, dengan adanya latihan bersama ini para jurulatih dan atlit dapat bertukar-tukar pandangan serta idea-idea baru dalam mempelbagaikan latihan untuk meningkatkan prestasi petinju.Diharap, petinju dapat memanfaatkan teknik-teknik baru yang dipelajari seterusnya memperoleh pingat pada Kejohanan Grand Final akan datang.

Sekian.

Laporan Oleh
Fazli Hisam Bin Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PROGRAM LATIHAN BERSAMA PASUKAN USPTN PULAU PINANG DAN USPTN KEDAH - OLAHRAGA

Tarikh : 31 Oktober 2014 hingga 02 November 2014
Tempat : Stadium Darul Aman
Kehadiran : Atlet 18, JSM 2, Pegawai 1.

Seramai 18 orang atlet Olahraga dan 2 orang jurulatih separa masa (JSM) daripada Pelapis Pulau Pinang dan Program Penggalakkan Sukan telah dibawa untuk menyertai Program Latihan Bersama Pelapis Negeri Kedah.
Objektif latihan ini adalah untuk mendapat latihan dan teknik serta berkongsi program latihan bersama jurulatih Pelapis kedah.

Pasukan Pelapis Pulau Pinang bertolak pada 31 November 2014 dengan menggunakan bas MSNPP dan dikongsi bersama sukan Tinju. Pasukan Pelapis Pulau Pinang telah memilih untuk menginap di Sri Menanti Homestay sepanjang program latihan dijalankan. Program bermula pada 31 Oktober 2014 dan berakhir pada 2 November 2014.

Program latihan yang dijalankan adalah mengikut program JSM Kedah iaitu En Zam Sairon dan dibantu oleh JSM Pulau Pinang En. Nadri dan JSM PPS iaitu En. Hamdi, dimana latihan akan ditumpukan kepada teknik, speed dan Drill 

Hari Pertama, latihan dimulakan pada sesi petang dimana latihan yang dijalankan adalah Jog, warm up, Drill ABC dan speed striding.

Hari Kedua, latihan dijalankan 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Latihan dipecahkan mengikut acara masing-masing dimana di pecahkan kepada beberapa acara iaitu Hurdle, lompatan dan middle. Latihan ini ditumpukan kepada teknik larian, teknik Hurdle, lompatan dan starting blok.

Hari terakhir, atlet di beri latihan light training, cross padang dan di sambung pada sesi petang dengan latihan ditumpukan kepada latihan speed, strenght.

Dari pemerhatian yang dibuat, atlet-atlet dapat memperbaiki teknik dan JSM USPTN Pulau Pinang dapat mempelajari program dari JSM USPTN Kedah. Atlet-atlet juga dapat memahami dan menjalani latihan dengan baik serta dapat menerima arahan dari JSM Kedah. 

JSM Pulau Pinang berharap program ini akan berterusan kerana dapat memperbaiki teknik-teknik atlet serta dapat meningkatkan prestasi atlet ke tahap yang lebih baik.

Pihak USPTN Pulau Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada USPTN Kedah atas kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PROGRAM LATIHAN BERSAMA PASUKAN USPTN PULAU PINANG DAN USPTN KEDAH - ANGKAT BERAT

Tarikh : 31 Oktober hingga 2 November 2014
Tempat : Sek Men Keb Tunku Anum, Jitra, Kedah Darul Aman.
Tempoh : 3 Hari 2 Malam
Kehadiran : 1 pegawai, 2 Jurulatih & 16 Atlet

Pada 30 Oktober hingga 2 November 2014 , satu program Latihan Bersama telah dapat dirancang diantara Pelapis Pulau Pinang & Pelapis Kedah. Program yang dijalankan selama 3 hari ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum, Jitra, kedah. Seramai 19 orang telah menyertai program kali ni termasuk pegawai dan jurulatih. Latihan ini sebagai persiapan atlet-atlet sebelum menjelang Kejohanan Grand Final yang akan diadakan pada 13 hingga 17 November 2014 di Pahang Darul Makmur.

Hari pertama program latihan dimulakan dengan latihan bermula jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 7.00 petang. Sesi latihan hari pertama terarah kepada teknik-teknik angkatan setiap atlet. Latihan dipantau dan diselia oleh jurulatih negeri termasuk bantuan oleh JSM kedah Encik Md Noor Bin Osman.

Hari kedua program melibatkan dua sesi latihan pagi dan petang dimana setiap sesi diadakan selama 3 jam. Sesi pagi dimulakan dengan sesi pemanas badan dan diteruskan dengan latihan Snatch, Clean & Jerk, Back Squat. Latihan sesi petang juga dapat dijalankan dengan latihan lebih terarah kepada kekuatan kaki dan tangan. Di samping itu juga, jurulatih sempat berkongsi pengalaman serta menekankan atlet supaya bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi.

Hari terakhir program diteruskan pada sebelah pagi. Selesai sesi latihan, atlet-atlet 
diasingkan mengikut kategori dimana "Mini Competition" diadakan sambil diadili oleh JSM Kedah Encik Md Noor Bin Osman serta Jurulatih lain. "Mini Competition" ini lebih tertumpu kepada teknik serta mengajar atlet supaya tidak gentar berada di dalam gelanggang sama ada di kejohanandalaman mahupun antarabangsa.

Kesimpulannya, program kali ini, lebih kepada penyesuaian gelanggang serta atlet-atlet dapat mengenal beberapa teknik baru yang diajar oleh jurulatih yang berpengalaman. Selain itu, dengan adanya latihan bersama ini para jurulatih dan atlet dapat bertukar-tukar pandangan serta idea-idea baru dalam mempelbagaikan latihan untuk meningkatkan prestasi setiap atlet. Diharap, atlet dapat memanfaatkan pembelajaran sepanjang latihan diadakan seterusnya memperoleh pingat pada Kejohanan Grand Final akan datang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 30 Oktober 2014 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 7.30 petang
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. En. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Pn. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. Cik Kim Eun Jung - JLN Negeri
4. Atlet - 12 lelaki & 13 wanita

LATIHAN
1. Montly Roll Off

UJIAN
1. PPN telah berbincang bersama jurulatih dan pihak ISNPP untuk mengadakan Ujian Kecergasan Kali ke-2 pada 9 November 2014 (Ahad) di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

PERTANDINGAN
1. Seramai 10 orang atlet (5 lelaki & 5 wanita) akan menyertai Kejohanan Tenpin Boling Jemputan Rokamia Bawah 11 Tahun pada 1 November 2014(Sabtu) di Ipoh Bowl, Kinta City, Perak.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik persendirian

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Kedatangan atlet memuaskan dan atlet-atlet dapat menerima arahan serta teguran daripada jurulatih seperti biasa.
2. Komitmen atlet serta ibubapa dapat dilihat terjalin sesama sendiri dimana sokongan ibubapa pada setiap latihan.
3. Pada sesi latihan, JSM Cheak Teik Tatt tidak hadir berikutan beliau menghadiri kursus di Johor.
4. Turut hadir pada sesi latihan bersama atlet-atlet Pelapis Pulau Pinang adalah atlet National Youth Nur Amirah Auni Binti Azman.
5. Sesi jamuan ringan telah disediakan oleh ibu bapa kepada atlet-atlet yang hadir hari ini.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved