Friday, January 21, 2011

SESI ATLET ANGKAT BERAT BERSAMA ISN

Tarikh : 19 Januari 2011
Masa : 4.00 – 6.00 pm
Tempat : ISN Satelit Pulau Pinang
Kehadiran : 6 Atlet, 1 Jurulatih


Ulasan

1. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk mengenalpasti kelemahan atlet dari mental dan persiapan atlet sebelum, semasa dan selepas kejohanan serta cara menjalani latihan yang berkesan.

2. Cik Diana Pegawai ISNPP Bahagian Psychologi memberi penerangan dari segi aspek mental untuk membina keyakinan atlet serta cara untuk mengendalikan stress dan rasa gemuruh yang dihadapi oleh atlet.

3. Puan Mariani Pegawai ISNPP Bahagian Suian Fizikal telah memberi penerangan berkenaan cara latihan yang efektif untuk atlet sukan angkat berat yang baru. Beberapa kaedah latihan yang lebih bersistematik.


Rumusan

1. Program seperti ini dapat membantu atlet dan jurulatih untuk memperkemaskinikan teknik latihan dan program latihan yang mantap.

Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff






Read more...

Tuesday, January 18, 2011

PERJUMPAAN ATLET & JURULATIH - TENPIN BOWLING

Tarikh : 13 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 malam hingga 9.00 malam
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes Sunshine Square Bayan Baru, Penang.
Terlibat : JSM Albert Yeoh Seng Poh dan Pn. Nooriani (Ahli PTBPP).

Perjumpaan bertujuan untuk membincangkan Program "NSC-MTBC-UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI Youth Development Program 2011 National Evaluation" yang akan diadakan pada 19 Januari 2011 [Rabu], masa : 7.00 malam di Mega Lanes Prai, Penang.

PPN - Memaklumkan kepada Ahli PTBPP, Program TID/Sesi Pemilihan Peringkat Negeri akan di jalankan pada hari yang sama, Pendaftaran Atlet : 5.30 petang dan "Roll Off" : 6.00 petang - 7.00 malam. Telah menghantar surat jemputan kepada 28 buah Sekolah Menengah dan 12 buah Sekolah Kebangsaan yang dikenal pasti oleh Unit Sukan JPN Pulau Pinang.

Bagi pelajar yang terpilih di Peringkat Negeri akan meneruskan Sesi Pemilihan ke Peringkat Kebangsaan untuk di serapkan ke dalam Program Pelapis Negeri 2011. Pendaftaran Atlet : 6.30 petang dan "Roll Off" ; 7.00 malam - 8.00 malam.

Di akhir perbincangan memaklumkan untuk mengadakan mesyuarat bersama Jurulatih Kebangsaan, Jurulatih Negeri dan Persatuan Negeri selepas tamat sesi penilaian. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan pemilihan atlet yang akan di serapakan kedalam program Pelapis Negeri 2011 dan hal-hal lain.

Pada masa yang sama telah membuat pemantauan keatas latihan yang dijalankan oleh JLN MSNPP bersama Skuad Sukan Malaysia 2011. Seramai 15 atlet dari Program Pelapis Negeri 2010 yang hadir.

Latihan bermula dari 6.30 petang hingga 9.15 malam. Di akhir pemantauan mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Atlet dan JLN MSNPP untuk bertanyakan khabar dan lain-lain hal.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL












Read more...

Friday, January 14, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PLN - BADMINTON

Tarikh : 10 Januari 2011 [Isnin]
Masa : 7.00 malam hingga 9.40 malam
Tempat : Dewan Badminton Persatuan Pulau Pinang Bukit Dumbar, Penang.

Pemantauan hari pertama kejohanan yang di bawah.

Kejohanan : Kejohanan Badminton Perseorangan Bawah 12, 14, 16 dan 18 tahun
Tarikh : 10 - 18 Januari 2011
Tempat : Dewan Badminton Persatuan Pulau Pinang Bukit Dumbar, Penang.
Masa : 7.00 malam hingga 9.00 malam
Anjuran : Persatuan Badminton Negeri Pulau Pinang

Hanya atlet bawah 12 dan 14 tahun lelaki sahaja yang dipertandingkan pada hari pertama.

Dua katergori dipertandingkan di kejohanan ini iaitu Peseorangan dan Bergu (Lelaki dan Wanita).

Kejohanan tersebut diatas hanya untuk sekolah-sekolah di negeri Pulau Pinang sahaja (Kawasan Pulau dan Seberang Perai) yang dibiayai oleh Persatuan Negeri.

Kelihatan JSM Loh Bok Seang, Tony Tan Gim Him dan Choong Kah Tzun hadir dan kesemuanya bertanya bilakah surat perlantikan yang baru akan diterima.

PPN : Memaklumkan akan diberitahu apabila telah menerima keputusan dari pihak pusat (MSNM).


Tujuan Kejohanan :

1. Untuk membuat pemilihan atlet Pelapis Negeri yang layak ke Kejohanan Badminton Remaja 100plus Zon A (Peringkat Pertama) yang dijangka akan di adakan pada 2 - 5 Mar 2011 di Negeri Kedah.

2. Program TID bagi tahun 2011, mencari bakat baru yang berpotensi untuk di serapkan kedalam Program Pembangunan Negeri dan Program Pelapis Negeri.


Angaran atlet yang mengambil bahagian :

Bawah 12 tahun Lelaki = 58 orang (12 orang dari Pelapis Negeri)
Bawah 12 tahun Wanita = 18 orang (6 orang dari Pelapis Negeri)

Bawah 14 tahun Lelaki = 55 orang (14 orang dari Pelapis Negeri)
Bawah 14 tahun Wanita = 10 orang (8 orang dari Pelapis Negeri)

Bawah 16 tahun Lelaki = 49 orang (6 orang dari Pelapis Negeri)
Bawah 16 tahun Wanita = 14 orang (9 orang dari Pelapis Negeri)

Bawah 18 tahun Lelaki = 24 orang (3 orang dari Pelapis Negeri)
Bawah 18 tahun Wanita = 10 orang (6 orang dari Pelapis Negeri)


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

FATIMAH BINTI JAMIL












Read more...

Tuesday, January 4, 2011

CERIA DI SESI PENDAFTARAN SEKOLAH BARU

Tarikh : 04 Januari 2011
Tempat : SMK Bukit Mertajam & SMK Alma
Atlet-atlet baru ASZU ini kelihatan ceria semasa sesi pendaftaran sebagai pelajar baru di SMK Bukit Mertajam & SMK Alma, walaupun sesi persekolahan sepatutnya bermula semalam (03.01.11). Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sesi pendaftaran mereka terpaksa dilakukan hari ini.






Read more...

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET AKADEMI SERANTAU ZON UTARA

Tarikh : 03 Januari 2011
Tempat : Stadium MPSP, B.Mertajam

Satu lawatan bagi meninjau latihan atlet-atlet Akademi Serantau Zon Utara telah diadakan. Ketika tinjauan di Stadium MPSP ini dilakukan, kelihatan atlet-atlet sukan olahraga & memanah sedang menjalani latihan serta dipantau oleh jurulatih masing-masing.










Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved