Wednesday, August 29, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN "CONTROL TEST" SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 25 Ogos 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara

Pada Sabtu yang lepas bertarikh 25 Ogos 2018, Control Test telah dijalankan di kalangan 3 orang gimnas iaitu Caitlin Cheah Pei Syuen, Evelyn Foo Yifei dan Ong Wei Yee sebagai persediaan ke temasya Sukan Malaysia XIX, Perak 2018 yang bakal berlangsung pada 8 hingga 13 Ogos 2018. Prestasi gimnas amat memuaskan namun seorang gimnas tidak menghadiri control test tersebut kerana menyertai Taiwan, Longtan Sports Rhytmic Gymnastic Friendship International Competition bermula 19 Ogos 2018 hingga 4 September 2018.

Sesi latihan bermula pada waktu pagi bersama pasukan Johor yang akan menjalani control test bersama pasukan Pulau Pinang. Control test kali ini telah diketuai oleh Puan Petrina Low bersama beberapa juruhakim FIG untuk menilai prestasi gimnas sebelum ke temasya SUKMA PERAK.

Setelah selesai control test, Puan Petrina telah menerangkan kekurangan gimnas dari segi elemen yang perlu diperbaiki dan sebagainya kepada jurulatih untuk pembetulan sebelum ke SUKMA. Catatan markah untuk setiap apparatus dalam "difficulty" yang dijalankan juga dibezakan diantara satu sama lain untuk menentukan penyertaan yang akan diambil oleh setiap gimnas.

Namun begitu, bagi pasukan Pulau Pinang tidak dapat membuat keputusan untuk apparatus yang bakal diambil oleh setiap gimnas kerana Victoria Manalang masih di Taiwan. Oleh itu, beliau akan menjalani control test bersama Puan Petrina Low sebelum ke SUKMA. Secara keseluruhan, bagi 3 gimnas yang telah menjalani control test mendapat teguran secara terus daripada juruhakim dan jurulatih. Semoga mereka dapat mempertingkatkan prestasi sebelum ke temasya SUKMA XIX, PERAK 2018

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved