Tuesday, August 21, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MEMANAH

Tarikh : 21 Ogos 2018 (Selasa)
Masa : 9.00 pg - 12.00 tghari
Tempat : Padang JBSN Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Kan Kar Inn - JSM
2. Shamani a/p Ganesan - JPM Negeri
3. Salina Putriana Erierpius - JPM Negeri
4. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh – PPN

ATLET
1. 5 Atlet Recurve & 7 Atlet Compound

LATIHAN
1. Warm Up
2. Shooting Form
3. Shooting Skill 
4. Warm Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Jurulatih dan atlet baru selesai menyertai Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan dan Pra Sukma 2018 pada 16 hingga 19 Ogos 2018 di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. Pasukan Memanah membawa balik 2 emas, 3 perak dan 5 gangsa.

PERALATAN
1. Permohonan berkaitan peralatan kecil telah dihantar kepada kewangan negeri untuk tindakan selanjutnya.

PROGRAM BINAAN
1. Kem Latihan Insentif pada 20 hingga 29 Ogos 2018 di Padang JBSN Pulau Pinang.
2. Kem Fasa Akhir SUKMA XIX, Perak 2018 pada 30 Ogos hingga 2 September 2018 di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau.

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa selepas selesai kejohanan yang disertai.
2. Hasil pemantauan dibuat, target butt yang sedia ada untuk sesi latihan mengalami kerosakan yang teruk. Pihak Unit berharap Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia dapat membantu untuk peralatan tersebut.
3. Permohonan berkaitan peralatan kecil telah dihantar kepada kewangan negeri untuk tindakan selanjutnya.
4. Bermula hari ini sehingga Sukma Perak 2018, jurulatih akan menjalankan Kem Latihan Pusat / Insentif bertempat di Padang JBSN Pulau Pinang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved