Wednesday, March 14, 2018

LAPORAN KESELURUHAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2018

NEGERI SEMBILAN, 10 Mac 2018 - Karnival Bakat Pelapis Negeri anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia telah berjaya membuka ruang buat bakat muda dari seluruh negara untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.

Objektif karnival ini adalah memberi peluang buat atlet-atlet yang belum pernah mewakili negeri masing-masing di peringkat MSSM, Sirkit Remaja atau kejohanan Remaja Kebangsaan merasai suasana pertandingan yang kompetitif di peringkat kebangsaan.

Seramai 991 atlet lelaki dan 798 atlet wanita berumur 5 hingga 15 tahun terlibat dalam Karnival Bakat Pelapis Siri 1/2018. Manakala seramai 306 jurulatih dari peringkat negeri telah diberi tanggungjawab mengendalikan pasukan masing-masing.

Pasukan Pulau Pinang telah menghantar seramai 123 orang atlet dan jurulatih termasuk 6 pegawai yang melibatkan 9 sukan yang dipertandingkan iaitu Akuatik Renang, Memanah, Gimrama, Lawn Bowls, Olahraga, Tinju, Menembak, Wushu dan Silat.

Pasukan Pulau Pinang memungut pungutan pingat sebanyak 16 emas, 6 perak dan 14 gangsa.

1.    Wushu – 10 Emas, 4 Perak & 4 Gangsa
2.    Tinju – 4 emas, 1 Perak & 2 Gangsa
3.    Akuatik Renang – 2 Emas & 4 Gangsa
4.    Silat – 1 Perak & 4 Gangsa
5.    Gimrama – Tiada pingat
6.    Lawn Bowls – Tiada pingat
7.    Memanah – Tiada pingat
8.    Menembak – Tiada pingat
9.    Olahraga – Tiada pingat

Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 2/2018 dijangka akan diadakan di Ipoh, Perak pada November depan.

Laporan Dari Negeri Sembilan.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved