Monday, February 26, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2018

Tarikh: 26 Februari 2018 (Isnin)
Tempat:  
1) SRJKC CHUNG HWA CONFUCIAN A
2) SRJKC CHUNG HWA CONFUCIAN B
3) SRJKC MIN SIN
Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

KEHADIRAN
1) Encik Foong Kok Seng - JPM MSNPP
2) Encik Tan Teik Jin - JSM USPTNPP
3) Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat (TID) bagi sukan Gimnastik Artistik. Bagi fasa pertama ini melibatkan 3 buah sekolah rendah sesi pagi iaitu SJK (C) Min Sin,  SJK (C) Chung Hwa A dan SJK (C) Chung Hwa B. Program TID sesi pertama ini hanya melibatkan pelajar lelaki (MAG) kerana jurulatih WAG masih belum bersedia mencari atlet baru. Program TID ini menfokuskan kepada murid-murid tahun 1 di kesemua sekolah yang terlibat, penyertaan yang diterima ialah seramai 164 orang murid lelaki.

Tapisan pertama pemilihan telah dijalankan oleh Encik Foong Kok Seng dan Encik Tan Teik Jin dengan menilai beberapa aspek fizikal murid secara spesifik bagi sukan gimnastik artistik. Seramai 19 orang murid daripada tiga buah sekolah telah terpilih untuk menjalani ujian peringkat seterusnya pada 2 Mac 2018 dimana mereka perlu menjalani latihan di Gimnasium MSNPP selama sebulan sebelum pemilihan seterusnya dijalankan. Program TID ini diharap dapat dijadikan platform bagi jurulatih untuk mendapatkan bakat-bakat barusukan Gimnastik Artistik bagi negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh,
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved