Monday, February 26, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN STATE EVALUATION SUKAN TENPIN BOWLING

Tarikh : 25 Februari 2018 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai 

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ULASAN
State Evaluation Sukan Tenpin Bowling ini diadakan pada 25 Februari 2018 (Ahad) di  Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari. Seramai 12 orang atlet pelapis dan 37 orang atlet yang menyertai state evaluation. Setiap atlet yang menyertai state evaluation perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM 50.00. Jurulatih USPTNPP memantau atlet yang berpotensi dari pelbagai aspek untuk dimasukkan ke dalam program USPTNPP. Setelah pemantauan dijalankan semasa atlet menjalankan sesi tersebut jurulatih USPTNPP telah memilih 20 terbaik untuk berada dalam program pelapis negeri Pulau Pinang.

Seterusnya, pihak jurulatih telah mengadakan taklimat bersama ibu bapa dan PPN bagi menerangkan dengan lebih lanjut hala tuju program serta objektif yang ingin dicapai. Antaranya dari segi latihan yang dijalankan, kejohanan, pemilihan atlet untuk ke kejohanan, pembelian bola dan kasut persendirian dan sebagainya.

Pihak jurulatih juga mengucapkan tahniah kepada yang berjaya bagi yang tidak berjaya boleh cuba pada masa akan datang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved