Sunday, December 31, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 28 Disember 2017 (Khamis)
Masa : 8.00 malam - 10.00 malam
Tempat : Tapak Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong

KEHADIRAN
1. Jhonny Kasiran - JLN MSN P. Pinang
2. Zainuddin Bin Zakaria - JSM USPTN
3. Arumugam A/L Thinnamalai - JSM MSN P. Pinang
4. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN 

ATLET
5 Orang Atlet

LATIHAN
Pertandingan

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Tinju Antarabangsa Pesta Pulau Pinang 2017 dari 26 hingga 31 Disember 2017 di Tapak Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong, Pulau Pinang.

PERALATAN
- Memohon sparring glove, sparring glove sedia ada telah rosak.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Seramai 10 orang atlet telah menyertai Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Kebangsaan 2/2017 pada 11 hingga 15 Disember 2017 di Keramat, Kuala Lumpur. Pasukan Pulau Pinang menjuarai kategori 15-16 tahun dengan mengutip 2 pingat emas dan 3 Pingat Gangsa. Manakala bagi kategori 17-18 tahun memperoleh 2 pingat perak.
2.Persatuan Tinju Amatur Pulau Pinang sedang menganjurkan Kejohanan Tinju Antarabangsa Pesta Pulau Pinang 2017 pada 26 hingga 31 Disember 2017. Pulau Pinang diwakili oleh 5 orang atlet. Pada perlawanan pertama pada 27 November 2017, Mohamad Nurhakim (PP) menewaskan Mohamad Khairul Azhar (Kelantan) bagi kategori 56 kg. Pada malam ini  beliau  telah menewaskan Rafly T Sugiarto (MUT). 
3. PPN dimaklumkan oleh pihak Akademi Serantau bahawa dua atlet Pra Pelapis Serantau iaitu Muhammad Haziq dan Muhammad Adli menarik diri bagi program tersebut.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved