Monday, December 4, 2017

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2017

Tarikh : 2 Disember 2017 (Sabtu)
Tempat : Gimnasium 1, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil

Hari terakhir kejohanan telah memberi impak yang begitu baik kepada pasukan pelapis Pulau Pinang untuk berlatih dengan lebih baik bagi setanding dengan atlet-atlet yang berpotensi tinggi seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Acara yang dipertandingkan pada
hari ini sebelah pagi ialah riben bagi Gred 4, Gred 5 & U11, bola U8 dan belantan Gred 4 & U10. Acara diteruskan lagi pada sebelah petang dengan kategori riben U12, group exercise freehand U8, group exercise U10 bola & group exercise U11 tali.

Pada hari ini atlet pelapis Pulau Pinang bertanding dalam kategori Gred 4, Gred 5, U10 & group exercise U8. Berikut disertakan keputusan penuh:-

Kategori : U10 (Belantan)
Nicole Cheng Qi Ern - 11.250 mata

Kategori : G4 (Belantan)
Lee Jing Ying - 9.350 mata
Alicia Boon Yan Lin - 9.000 mata  
Iris Tan Yi Hong - 9.600 mata
Kategori : G4 (Riben)
Lee Jing Ying - 9.400 mata
Alicia Boon Yan Lin - 9.400 mata  
Iris Tan Yi Hong - 10.200 mata

Kategori : G5 (Riben)
Ong Wei Yee - 11.000 mata
Evelyn Foo Yi Fei - 10.200 mata 
Nur Syaziana Soffia - 8.900 mata
Angie Tan En Qi - 8.750 mata

Kategori : U8 (Group exercise - Freehand) - 6.133 mata
Gracia Kuan Han Yi
Choong Shu Qi
Choong Shu Hui
Stephanie Lean Yan Er
Lim Yi Hui
Angel Chen En Rou

Setelah selesai semua pertandingan pada hari ini, penyampaian hadiah telah dijalankan pada jam 5.00 petang. Secara keseluruhan pasukan Pulau Pinang telah menunjukkan prestasi yang memuaskan dengan memenangi 1 Emas, 1 Perak, dan 3 Gangsa. Namun masih banyak elemen yang perlu diperbaiki oleh jurulatih dan latihan yang lebih intensif kepada atlet.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved