Monday, October 16, 2017

LAPORAN KEJOHANAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PULAU PINANG 2017

Tarikh : 14 Oktober 2017 (Sabtu)
Tempat : Sekitar Pulau Pinang 
Masa : 7.00 pagi hingga 8.00 malam

Pada 14 Oktober 2017, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri yang bertempat di sekitar perkarangan jabatan tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg.Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman. Program ini telah disertai oleh seramai 8000 orang yang terdiri daripada murid dan guru sekolah, jabatan kerajaan dan agensi luar, manakala sekitar Pulau Pinang dianggarkan lebih 92000 orang menyertai lebih 191 program termasuk 18 acara sukan di daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan seperti yang dimaklumkan oleh Y.Bhg.Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman semasa perasmian. Program Hari Sukan Negara telah dicetuskan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta dilaksanakan sebagai program tahunan iaitu pada setiap Sabtu minggu kedua dalam bulan Oktober bermula dari tahun 2015. Sambutan Hari Sukan Negara di peringkat negeri Pulau Pinang ini telah dihangatkan lagi dengan kehadiran 5 orang atlet Malaysia berkelahiran Pulau Pinang yang telah menjadi wira dan wirawati dalam Sukan SEA Ke-29 yang lepas. Mereka terdiri daripada atlet Karate iaitu Hoe Thompson, Lim Chee Wei, Celine Lee Xin Yi, Emmanuel Leong Theng Kuang dan seorang atlet terjun iaitu Ooi Tze Liang.

Pengisian program yang dijalankan dalam sambutan Hari Sukan Negara ini penuh dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian serta menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif. Pelbagai aktiviti peringkat negeri yang dijalankan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah heritage fun run, demonstrasi seni mempertahankan diri, pertandingan bola tampar pantai 3 on 3, pertandingan sepak takraw amatur, wall climbing, pertandingan bola tampar sekolah menengah, himpunan seni bela diri, pertandingan kabaddi, pertandingan aktiviti gym, fun ride, street soccer 3 on 3, pertandingan bola jaring, pertandingan tarik tali, mari mencuba gusti lengan, dan night aerobathon.

Seterusnya, Unit Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang turut memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2017 dengan mengadakan pelbagai aktiviti terdiri daripada 7 sukan iaitu : 

Kejohanan Dalaman Gimrama (Ujian Klasifikasi) Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 30 orang atlet, 2 orang jurulatih dan 2 orang juruhakim
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Kejohanan Dalaman Angkat Berat Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 30 orang atlet, 4 orang jurulatih, dan seorang jemputan atlet angkat berat Komanwel (Zulhemi Bin Md Pisol)
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : SMK Permatang Tok Labu
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Kejohanan Dalaman Menembak Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 18 orang atlet, 3 orang jurulatih, dan 2 pegawai teknikal
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Masa : 11.00 pagi hingga 3.00 petang
Kejohanan Dalaman Sepak Takraw Antara Regu Tertutup Bawah 15 Tahun Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 40 orang atlet, 2 orang jurulatih, 4 urusetia dan 16 pengadil
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan
Masa : 8.00 pagi hingga 2.30 petang
Sparring (Latihan Bersama) Tinju antara Pelaps Negeri Pulau Pinang dan Pelapis Serantau Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 60 orang atlet dan 3 orang jurulatih
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : Akademi Serantau MSNM, Bukit Mertajam
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Kejohanan Lumba Basikal Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 25 Atlet & 1 Jurulatih
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : Balik Pulau
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Kejohanan Dalaman (Ranking Bulanan) Lawn Bowls Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 40 orang atlet, dan 2 orang jurulatih
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas
Masa : 8.00 pagi hingga 7.00 malam
Secara keseluruhan, program Hari Sukan Negara telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara 2017.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved