LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN PELAYARAN
Tarikh : 24 Januari 2016 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA), Tanjung Bungah
KEHADIRAN
1. Ismail Bin Abd Ghani
2. Md Shah Bin Ismail
3. Mohd Suhaimi Md Salleh
ATLET
1. 12 atlet
LATIHAN
1. Masih menunggu angin yang sesuai untuk atlet turun menjalani
latihan. Jurulatih ada menerangkan serba sedikit peralatan yang ada didalam bot
supaya atlet menggunakan sebaiknya.
UJIAN
-Tiada-
PERTANDINGAN
- Seramai 6 orang atlet akan menyertai Kejohanan 13th Langkawi
International Regatta Perdana 2016 pada 26 hingga 31 Januari 2016 di Pusat
Perahu Layar Kebangsaan Langkawi, Kedah. Kejohanan ini hanya disertai oleh
pasukan sukma Pulau Pinang sahaja.
KECEDERAAN
-Tiada-
PERALATAN
1. Perlu penambahan beberapa peralatan alat ganti seperti tali, center
board, tiang dan lain-lain.
PROGRAM BINAAN
1. Akan mengadakan Pencarian Bakat Baru (TID) bersama rakan strategik
iaitu Persatuan Sukan Negeri, JPN, MSNPP dan USPTNPP.
ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan semasa pemantauan dibuat.
2. PPN ada memaklumkan kepada jurulatih agar menghantar
surat penyambungan kontrak bersama surat sokongan Persatuan bagi tahun
2016.
3. PPN juga mengingatkan jurulatih agar memberi maklumat
lengkap atlet terkini untuk dikemaskini dalam data bagi tahun ini.
4. Penambahan dan pengurangan atlet bagi tahun 2016 akan dibuat bersama
jurulatih. Perbincangan tersebut akan dibuat pada minggu hadapan.
Sekian, Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment