Monday, March 9, 2015

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN 6TH KFC-PSC PENANG INTERNATIONAL REGATTA 2015

Tarikh : 6 hingga 8 Mac 2015
Masa : 9.00 pagi hingga 7.00 petang
Tempat : Penang Swimming Club, Tanjung Bungah

Kejohanan 6th KFC-PSC Penang International Regatta 2015 telah berlangsung dari 6 hingga 8 Mac 2015 di Penang Swimming Club, Tanjung Bungah. Pada edisi kali ini telah menampilkan penyertaan seramai 151 pelayar (113 pelayar lelaki & 38 pelayar wanita) yang melibatkan semua negeri termasuk luar negara dan kelab berdaftar. Pasukan Pelapis Negeri Pulau Pinang menghantar 13 pelayar untuk kejohanan kali ini dengan menyertai acara Laser 4.7 (lelaki), Optimist (lelaki & wanita) dan Wind Surfing Bio Techno (wanita).

HARI PERTAMA
Untuk hari pertama, semua pasukan telah sampai ke venue pertandingan dengan menurunkan semua kelengkapan peralatan yang dibawa. Mesyuarat Pengurus Pasukan bermula pada jam 11.00 pagi dengan tiada isu berbangkit. Pada sebelah petang, sebanyak 2 perlumbaan telah dapat diadakan untuk semua kategori yang dipertandingkan. Cuaca angin juga memainkan peranan penting untuk semua pelayar sebelum turun bertanding. Majlis Perasmian Pembukaan telah dapat diadakan pada sebelah malam selepas selesai pertandingan. Majlis telah dirasmikan oleh Presiden Penang Swimming Club, Tanjung Bungah.

HARI KEDUA
Sebanyak 3 perlumbaan telah dapat dijalankan pada hari kedua kejohanan dengan melibatkan semua kategori yang dipertandingkan. Semua pelayar terpaksa menunggu sehingga jam 12.30 tengahari untuk turun ke laut. Perlumbaan bermula agak lewat kerana kekauatan angin yang rendah. Kejohanan hari kedua tamat pada 6.00 petang.

HARI KETIGA
Pada hari terakhir kejohanan, acara bermula pada jam 12.00 tengahari hingga 3.30 petang dengan 2 perlumbaan sahaja dapat diadakan. Sepanjang kejohanan, pelayar-pelayar terpaksa mencari angin yang baik untuk mengekalkan momentum sehingga selesai perlumbaan. Kejohanan hari terakhir tamat pada jam 5.30 petang dan semua pelayar bersiap sedia untuk Majlis Penutup serta Penyampaian Hadiah pada semua pemenang mengikut kategori.

Berikut keputusan pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan :-

Laser Radial Men Class
1. Muhammad Amirul Mustaqim - Terengganu
2. Zul Aqir Helmi – Selangor
3. Ahmad Khairulizzat Ahmad Khambali – MSN Melaka

Laser Radial Women Class
1. Nur Hamizatul Amira – Wilayah Persekutuan
2. Nurul Hanis – MSN Perak
3. Sitri Nasuha Hasmadi – USPTN Perlis

Laser Standard Class
1. Harisfabillah Muhammat – PPL TLDM
2. Muhammad Faqih Arshad – MSN Pahang
3. Mohamad Efiezal Redza – Nessa
Laser 4.7 Men Class
1. Asmawi Azman – Terengganu
2. Mohd Zahimul Hakim – KYC Sabah
3. Putera Aidil Hafiy – Nessa
4. Mohamad Syamim Azim – MSN Penang
9. Muhammad Hafiz Zuraimi – MSN Penang
10. Muhammad Nur Aliff – MSN Penang

Laser 4.7 Women Class
1. Al-Yauma Akma – Terengganu
2. Nur Syuhadah – MSN Perak

WindSurfing Class (Formula)
1. Phanuthatruamsap – Constant Wind
2. Joshua Choo – PSC
3. Mariano Colombo – Constant Wind

Optimist Overall
1. Abdul Latif mansor – Terengganu
2. Umar Al-Farouk – Terengganu
3. Muhammad Khaidir  - Terengganu
32. Nurul Syazwanie Mohd Saad – MSN Penang
35. Azlee Samsudin – MSN Penang
45. Sofea Alisha Hairumizan – MSN Penang
53. Muhammad Zarif Himaidi – MSN Penang
61. Nur Nazurah Nazeri – MSN Penang
64. Nur Farah Izzati – MSN Penang
65. Shahul Hamid Abu Tahir – MSN Penang
67. Nur Fatin Aqilah – MSN Penang
70. Muhd Rizal Zambri – MSN Penang

Master Class
1. Fred Misran – PSC
2. Phanuthatruamsap – Constant Wind
3. Yunus - CSC

WindSurfing Class (Race Board)
1. Fred Misran – PSC
2. Muhammad Arif Salimi – Johor
3. Muhammad Firdaus Abdul Hamid - PPL TLDM

Dinghy Open
1. Lim Teong Kheng – Singapore
2. Philip Thomas – Wales UK
3. Stew Pegg - PSC

Bic Techno Men Class
1. Illham Wahab – Terengganu
2. Elfee Sharizan Alias – Terengganu
3. Muhammad Husaini Mohd Rodzi – MSN Perak
Bic Techno Women Class
1. Katherine Ong Xin – PSC
2. Aida Afiqah Dzulkarnain – MSN Perak
3. Nurul Syaza Insyirah – MSN Melaka

International 420
1. Alif Safares Azmi – Terengganu
2. Nuur Fatin Solehah – Terengganu
3. Muhd Amirul Izham – Wilayah Persekutuan
5. Mohd Putra Iskandar – MSN Penang

Secara keseluruhan prestasi atlet masih di peringkat sederhana, kekurangan dari segi peralatan menjadi salah satu faktor penentu keputusan akhir pertandingan. Peralatan yang digunakan pasukan lawan jauh lebih baik daripada yang dimiliki pasukan Pulau Pinang. Pihak tuan rumah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemenang. Di harap pada kejohanan seterusnya atlet dapat meningkatkan prestasi ke tahap yang tertinggi.
   
Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved