Sunday, June 22, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN HARI KEDUA KEJOHANAN MEMANAH PELAPIS ZON UTARA SIRI 2/2014

Tarikh : 21 Jun 2014 (Sabtu)
Tempat : Politeknik Seberang Perai (PSP)
Masa : 8.00 am hingga 2.00 pm


Kejohanan Memanah Pelapis Zon Utara Siri 2/2014 bermula  hari ini dengan sesi latihan rasmi (Sight Test) pada jam 8.00 pagi. Seterusnya jam 9.00 pagi bermula pertandingan jarak pertama bagi semua acara iaitu jarak 70 meter 16L, 60 meter 16W dan 25 meter 12 L/W. Selepas selesai Jarak yang pertama peserta-peserta diberi rehat 30 minit. Kira-kira jam 11.30 pagi jarak kedua dimulakan iaitu bagi jarak 60 meter 16L, 50 meter 16W dan 25 meter 12 L/W.

Seorang atlet wanita dari Kedah iaitu Nurin Aqilah Syafiqah bt Mohd Tarmizi (14 Tahun) dibawa ke hospital Seberang Jaya akibat penat atau lelah. Bagaimanapun Doktor mengesahkan atlet terbabit hanya mengalami tekanan kerana terlalu fokus kepada pertandingan.

Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan memvabitkan atlet negeri Pulau Pinang:

L16 Tahun :
1. Muhammad Ammar Adjmir - 456/3
2. Muhammad Izzudin Bin Jantan - 453/5 (PPS SMK Batu Kawan)
3. Abdul Haziq Abdul Rahim - 446/7
4. Afiq Azri Amlis - 388/9
5. Yeoh Wei Khang - 306/11
6. Satheeswar Kawdar - 276/12
7. Muhammaf Ammar Auzaee - 255/14 (PPS SMK Batu Kawan)
8. Wan Azri Wan Ridzuan - 197/17 (PPS SMK Batu Kawan)
9. Naveer Fikri Zinuldin - 160/18


W16 Tahun :
1. Audrey Wong Li Ying - 505/2
2. Maiheesha Devi - 449/3
3. Nur Aina bt Muhamad - 236/10 (PPS SMK Batu Kawan)
4. Narmata - 210/13
5. Divyaa - 181/14


W12 Tahun :
1. Aisha Nabila Zafary - 403/8
2. Alia Izzatul - 314/12


L12 Tahun :
1. Muhammad Izzul - 538/3
2. Faris - 504/7
3. Mohd Zulfadhli Mohd Zaki - 419/12
4. Md. Iman - 268/15


Hari terakhir esok akan bermula pada pukul 8.00 pagi dengan latihan rasmi. Pertandingan sebenar akan dimulakan pada jam 9.00 pagi.

Sekian laporan bagi sukan memanah dari Politeknik Seberang Perai (PSP).

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved