Wednesday, June 11, 2014

LAPORAN HARI KEDUA PEMANTAUAN KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2014

Tarikh : 8 Jun 2014 (Ahad)
Tempat: Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur

KEHADIRAN
1.En. Giam Fook Pang - Pengurus Sukan PN
2. En. Mohd Nor Izuwan  - Pengurus Sukan PK
3. En. Muhammad Nizam Bin Alang Karim - PPN Perlis
4. En. Mohd Suhairi Bin Othman - PPN P.Pinang
5. En. Wan Kalmizan - JSM Pelapis Kebangsaan
6. En. Wasyim Damanhuri - JLN Kelantan
7. En. Jaffery Low Wei Loon - Jurulatih Pelapis Serantau
8. En. Zainuddin Talib - JPM Melaka
9. En. Jefri Ngaiman - JSM Negeri Sembilan
10. En. Norisman Abd Manap - MSN Pelapis
11. Cik Liyana - Praktikal MSN
12. Team ISN

KECEDERAAN
Seorang atlet mengalami hidung berdarah disebabkan oleh cuaca yang panas dan seorang mengalami gastrik. Rawatan telah diberikan dan tiada kecederaan serious dilaporkan.

Pada hari kedua kem bakat sukan memanah siri 1/2014 bermula pada jam 8.00 pagi dengan perbarisan, doa dan nyanyian lagu negaraku. Bagi aktiviti pertama hari ini atlet-atlet telah dibahagikan kepada 6 kumpulan yang mana setiap kumpulan akan di selia oleh seorang jurulatih. Para peserta melakukan latihan basic free shooting mengikut teknik masing-masing sambil semua jurulatih mambantu membetulkan kesilapan asas teknik panahan peserta. Pada sesi ini atlet-atlet digalakkan berkomunikasi dan bertanya jurulatih berhubung teknik panahan masing-masing.

Pada sebelah petang atlet-atlet meneruskan latihan shooting jarak dekat dan sederhana bagi membetulkan teknik panahan yang telah di tunjur ajar oleh jurulatih. Pada sesi ini juga jurulatih telah membetulkan beberapa setting equipment atlet yang tidak sesuai dan perlu di ubah. Atlet-atlet telah memberi komitmen yang baik sepanjang sesi latihan di jalankan.

Akhir sekali pada sebelah malam telah dijalankan aktiviti ice breaking yang dijalankan oleh Team ISN. Aktiviti yang berorientasikan kerja berpasukan telah diterapkan. Turut sama dimasukkan elemen kerjasama, disiplin, kreatif dan daya menyelesaikan masalah. Pada sesi ini juga dapat mengeratkan lagi hubu gan di antara atlet. Aktiviti berakhir pada jam 9.30 malam.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved