PEMANTAUN PPN @ PLN ANGKAT BERAT
Tarikh : 20hb April 2012 (Jumaat)
Masa : 5.15 petang hingga 6.45 petang
Tempat : Dewan Angkat Berat Dan Gimnasium Batu Uban Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Kehadiran :
1. Mohd Faizulzalham Sazaly - JSM Program Pelapis Negeri.
2. Atlet - 4 Lelaki, 1 Wanita
LATIHAN :
Dalam Dewan Angkat Berat
1. Clean Pull
2. Clean Jerk
Dalam Bilik Gimnasium :
1. "Seated Row"
2. "Upright Row"
UJIAN
Tiada
PERTANDINGAN ;
1. Kejohanan terdekat "Karnival Remaja Kebangsaan Siri 01/2012 - Negeri Pahang" dijangka 23 - 27 Mei 2012.
KECERDERAAN
Tiada
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN :
1. Memandangkan Sukan Tinju juga dibawah selian saya dan tempat latihan berada bersebelahan, pemantauan dilakukan berganti-ganti.
2. Mendapati hanya 5 dari 9 atlet dibawah latihan JSM Faizul yang hadir dan dimaklumkan oleh JSM ada diantara mereka menjalani latihan di sebelah malam.
3. Berjumpa dengan atlet-atlet yang hadir dan bertanya khabar. JSM memaklumkan tentang perbezaan keberatan "iron bar" antara lelaki dan wanita. Terima kasih diucapakan kepada JSM Faizul dengan ilmu yang dicurahkan.
4. Latihan yang dijalankan semasa pemantuan didalam Dewan Angkat Berat adalah "Clean Pull dan Clean Jerk" mengikut bebanan yang ditetapkan JSM.
5. Latihan yang dijalankan semasa pemantauan didalam Bilik Gim adalah untuk kekuatan belakang dengan menggunakan peralatan "seated row", bahu dan tangan menggunakan peralatan "upright row".
6. Perbincangan tentang Kejohanan Karnival Remaja Kebangsaan di Pahang telah dilakukan bersama JSM pada 19hb April 2012 dan JSM akan menyerahkan nama-nama atlet yang layak untuk ke kejohanan pada 30hb April 2012 untuk tindakan PPN selanjutnya.
7. Pemantauan terakhir bagi sukan angkat berat di bilik gim dan pemantauan diteruskan kepada sukan tinju yang terletak bersebelahan.
Fatimah Jamil
0 comments:
Post a Comment