Saturday, May 5, 2012

KLINIK SUKAN & TID SUKAN ANGKAT BERAT - SMK SERI, BALIK PULAU

Tarikh : 26hb April 2012 (Khamis)

Masa : 3.40 petang hingga 6.45 petang
Tempat : SMK Seri Balik Pulau, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang

Kehadiran :
1. Mohd Idid Fakaruddin Ibrahim - Guru Pendidikan Jasmani
2. Mohd Faizulzalham Bin Mohd Sazali - Jurulatih Angkat Berat
3. Ahmad Firdaus Bin Yusoff - PPN/SDO, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang
4. Fatimah Binti Jamil - PPN/SDO Sukan Angkat Berat, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang
5. Atlet - 3 Lelaki, 2 Wanita (Dua atlet lelaki bekas pelajar SMK Seri Balik Pulau)
6. Murid-murid - 80 Lelaki, 120 Wanita

LATIHAN (SESI DEMO)
1. Squat
2. Snatch
3. Clean and Jerk

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
1. Alat angkat berat yang dibekal berada dalam keadaan baik
2. Peralatan yang sediada dibekalkan oleh Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

PROGRAM BINAAN
1. Jurulatih mengadakan Program TID di SMK Seri Mutiara Balik Pulau pada 26hb April 2012.
2. Atlet membantu dalam Sesi Demo bagi jenis-jenis latihan

ULASAN
1. Sampai di sekolah pada pukul 3.40 petang. Program/Aktiviti yang dijalankan seperti berikut :
- Perbincangan JSM dan SDO bersama Guru Pendidikan Jasmani
- Sesi Pemilihan Bentuk Fizikal Badan oleh JSM di kantin dan kelas ke kelas
- Pendaftaran murid-murid yang dipilih dibantu oleh atlet
- Mendapatkan peralatan dari Bilik Sukan, SMK Seri Balik Pulau untuk sesi demo
- Sesi taklimat dan demo oleh JSM di Dewan Seri, SMK Seri Balik Pulau
- Sesi demo dibantu oleh Atlet
- Perbincangan JSM bersama Guru Pendidikan Jasmani
- Bersurai

2. Sesi pemilihan bentuk fizikal badan dijalankan keatas 80 murid-murid lelaki sahaja, 44 murid yang dipilih untuk ke sesi demo di Dewan Seri, SMK Seri Balik Pulau.

3. Jemputan sesi demo dipanjangkan kepada murid-murid perempuan, 120 murid yang hadir dan 40 murid yang berminat mendaftarkan nama.

4. JSM memperkenalkan dua atlet bekas pelajar SMK Seri Balik Pulau yang telah berjaya sebelum sesi demo dimulakan. Mereka adalah :
- Mohd Syafiq Bin Yusof Atlet Peringkat Kebangsaan
- Khairul Asnawi Bin Khairul Kassim Atlet Peringkat Negeri
5. JSM memaklumkan Sesi Latihan akan bermula pada 30hb April 2012 di Bilik Sukan SMK Seri Balik Pulau. Sesi Latihan seperti berikut :
- Hari : Isnin, Rabu dan Jumaat - Murid-murid lelaki.
- Hari : Selasa, Khamis dan Sabtu - Murid-murid perempuan.
- Masa : 9.00 pagi
- Tempat : Bilik Sukan, SMK Seri Balik Pulau

6. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama murid-murid yang akan menjalani sesi "Talent Scouting" sepanjang dua bulan sebelum diserapkan kedalam Program Pelapis Negeri.

7. Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak berikut atas sokongan, bantuan dan kerjasama yang diberikan bagi melancarkan program seperti yang dirancang.
- Pengetua Sekolah - Tuan Haji Ramli Bin Din
- Guru Pendidikan Jasmani
- Ketua Unit Sukan JPN
- Jurulatih dan Atlet
- PPN/SDO Ahmad Firdaus
- Murid-murid

Fatimah Jamil





0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved