CARIAN BAKAT BARU SUKAN TINJU DITERUSKAN
Program : TID Sukan Tinju
Tarikh : 27hb Mac 2012 (Selasa)
Masa : 3.15 petang hingga 5.15 petang
Tempat : SMK Sri Muda Penaga, Seberang Perai Utara
Kehadiran :
1. 26 murid-murid
2. PK KOKO (Cikgu Jefri)
3. Peninju Program Pelapis dari SMK Sri Muda Penaga (Sdr. Ahmad Bunyamin)
4. Pegawai ISN (Mr. Cheah Boon Chong dan En. Sheikh Omar Bin Ibrahim)
5. JSM Zainudin Bin Zakaria dan PPN Cik Fatimah Binti Jamil
Program/Aktiviti yang dijalankan :
1. Pengisian Borang Ujian Kecergasan ISN
2. Sesi Pemanasan Badan di pantau oleh JSM Zainuddin
3. Taklimat dan Demo dari Pihak ISN tentang ujian yang bakal dijalankan
4. Sesi Ujian (Maximum Push-Up dan Yoyo Endurance Tahap Satu)
5. Perjumpaan JSM dan PPN bersama murid-murid
Ulasan :
1. Program TID Sukan Tinju bermula dari 3.15 petang dan berakhir pada 5.15 petang yang dikelolakan oleh Pihak ISN, dibantu oleh JSM Pelapis Negeri dan dipantau oleh PPN. Seramai 26 orang pelajar yang menghadiri Program TID dan kesemua pelajar ini merupakan pelajar yang tinggal di asrama sekolah tersebut.
2. Memandangkan pada hari tersebut hujan turun dengan lebat, memohon kebenaran dari pihak sekolah untuk menggunakan Dewan Sekolah sebagai tempat untuk menjalankan Ujian Yoyo Endurance. Dengan dibantu oleh murid-murid yang hadir bersama Pihak ISN telah mengalih dan menyusun kerusi dan meja yang terdapat didalam dewan tersebut.
3. Disiplin murid-murid memuaskan dan kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh murid-murid membantu program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
4. Keputusan dari Ujian Kecergasan akan dimaklumkan oleh pihak ISN kemudian.
5. Diakhir Program TID, JSM dan PPN telah mengadakan perjumpaan bersama murid-murid dan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
Bagi pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPN (Unit Sukan), Pengetua dan PK KOKO SMK Sri Muda Penaga, murid-murid, JSM Pelapis Negeri dan Pihak ISN atas bantuan dan sokongan yang diberikan menjadikan program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Fatimah Jamil
0 comments:
Post a Comment